About Me

My photo
Hadeeah Najwa names given . You can call her either Hadeeah or Hana . She was borned on 24th August 1995 at Hospital Kuala Lumpur. Studying Diploma in Public Administration at UiTM Campus Samarahan 2, Sarawak.She's really addicted to teddy bears and musics. She has a sweet smile and very easy to smile :)
Sparkly Santa Hat Ice Cream

What time is it?

Le Family

Le Family
Ate ke Papie ↣ Tuan Aminuddin ❤

Ate ke Kibu ↣ Arwah Puan Jora @ Latifah ❤

Ate ke Bonda ↣ Puan Sahliah ❤

Ate ke Songkok ↣ Muhd Nadhir ❤

Ate ke Kangah ↣ Muhammad Nazrin ❤

Le Love

Le Love
Mustafa Marzuki ❤

Total Pageviews

Showing posts with label uitm. Show all posts
Showing posts with label uitm. Show all posts

Thursday, 16 April 2015

Officially, I'm done with Semester 4 ! :)


Hai Assalamualaikum readers! :D Apa khabar? Okay... Kali ni Hana nak update blog dengan penuh kebahagiaan. Kenapa? Sebab cuti sem dah start...! Ouyeahh ! :)

Eh, wait! Maksudnya apa guys? I'm done with Semester 4 :D Next semester will be my last semester as diploma student. In'Allah :) Tak sangka dah jadi budak final year dah sekarang. Hehehe..


Okay readers, tengok dalam gambar kat atas tu.. Yang first tu flight Hana balik cuti sem.. 1.55pm, 17 April 2015 (esok). Second flight tu bukan Hana.. Haa, tengok nama siapa kat situ. Hmm, Hana tolong book tiket utk Zaty balik KL. Okay yang lastttttt tuuu! HAHAHAHA :D

BALI!! Yes, Bali! 5.55pm, 29 April 2015.. Hana gi holiday with Abah, Bonda and Wawa. Btw, Abah and Bonda akan fly dulu on 27 April 2015 sebab diorang ada hal kat sana. Atau mungkin Abah and Bonda nak sweet-2 dulu kat sana without gangguan anak-2! Ooops, sorry Abah and Bonda :D hehehe.

So, on 29th tuu cuma Hana and my lil sister, Wawa je yang akan fly. Ouyeahh! So inilah yang membuatkan Hana tak sabar nak cuti sem. Hehehhee. Dah lah hari tu Bonda hantar gambar duit mata wang rupiah. Saja bagi panas cepat balik lettew -.- Bonda kata, nanti bagi Rp1000000 (lebih kurang RM300) untuk sorang Najwa *Hadeeah Najwa and Nur Alya Najwa (Wawa)* untuk kitorang shoping sendiri. Ouyeahh! Haha.

Ni Hana baru habis paper Administrative Law. Kejap lagi Hana nak packing-2 barang kat kolej. Esok Hana dah fly KL :) Tadi Bonda tanya Hana nak makan apa esok... Masa ni lah kita nak bermanja-manja kan? Ehehehe. Bonda kata... esok dia masakkan my favourite food..

Ikan Bawal Sweet Sour

Kangkung Belacan 

Sotong Goreng Tepung

Wahhh :D Can't wait for tomorrow! Btw, gambar-2 tuu Hana google je. Hana pick je yang mana yang nampak menyelerakan. Kalau nak gambar yang betul-2 hasil hidangan my Bonda, esok sampai KL Hana amek gambar and Hana post dalam next entry k? Hehe.

Okaylah readers, Hana choww dulu okay? Next entry maybe Hana post as budak KL kot? Hehehe. Bubye readers, Assalamualaikum :)


Love ,
Hana 



Friday, 20 March 2015

Hello University! UiTM Kampus Samarahan 2 ❤



Hai and Assalamualaikum readers :) Sihat? Lama Hana diam kan? Well, Hana dah kurang rajin menaip sekarang ni hihihi.

Okay, jangan terkejut dengan tajuk tu. Hana tak tukar mana2 universiti pon :) Hana buat tajuk tu for those siapa yang baru nak masuk university. No, for those siapa yang dapat masuk UiTM Kampus Samarahan 2 to be exact hihi. Tak kisah lah pra-diploma ke diploma ke degree keee... Hee :)

Memandangkan result SPM baru keluar *tak lah baru sangat pon kan?*, mesti sekarang ramai adik-2 nak apply UPU kan? Okay, let say lah adik2 dapat masuk UiTM Sarawak ataupun Kampus Samarahan 2 untuk lebih tepat, adik2 kena bersyukur! Tak kisah laah yall dari Sarawak sendiri ke, Sabah ke... Semenanjung ke :)

Kenapa? Sebab adik2 akan dapat kolej macam hotel! Hihi *ye ye jelah*.. Kolej tu asrama tauu yall hihi :P Hmm Hana buat entri ni sebenarnya sebab masa Hana jadi Pembantu Mahasiswa, ramai new students yang datang kat Hana and cakap, "Hai Kak Hana! Saya ada baca blog akak!"... And I was like...Haha terasa macam retis kejap lol! Ada jugak yang add FB Hana untuk tanya maklumat pasal kampus, kolej and macam2 lagi.

Disebabkan semua tu, Hana baru tersedar yang ramai nak tau pasal UiTM Kampus Samarahan 2 bila dapat offer utk further study kat sini and mereka pon start google pasal kampus ni. Google google, terjumpa lah blog Hana ni :) So, Hana decide untuk post lagi entri tentang UiTM Kampus Samarahan 2 ni memandangkan entri yang posted dulu tuu [ New life at UiTM Kampus Samarahan 2 :)] banyak pasal kekurangan kampus ni disebabkan kampus ni masa tu baru bukak. Okay!

Untuk sesiapa yang dapat peluang utk further study kat kampus ni, please read this!

Sekarang ni dah tak susah dah nak beli barang ke topup ke.. Sebabnya, sekarang ni dah ada koperasi, kedai aksesori fon, bakeri, kedai baju, kafe, kedai alat tulis, kedai fotostate, kedai aksesori komputer, .... Banyak kan? So..

Kalau nak beli groceries boleh lah pergi koperasi. 
Kalau nak reload, boleh lah pergi kedai aksesori fon. 
Kalau tanak makan benda heavy, boleh pergi bakeri. 
Kalau rasa jemu nak makan kat medan selera kolej, boleh makan kat kafe. 
Kalau rasa baju semua dah buruk2, bolehlah shopping kat kedai baju. 
Kalau pen habis dakwat, boleh beli kat kedai alat tulis.
Kalau nak print/fotostate nota kuliah, boleh pergi kedai fotostate.
Kalau pendrive hilang, boleh beli baru kat kedai aksesori komputer.
Kalau rasa nak online, boleh pergi library.
Kalau tak suka study kat bilik memalam, boleh pergi Bilik Belajar 24 Jam.

Haaaaa, complete tak??! HAHAHA

Btw, kalau rasa dah bosan duduk kat dalam kampus, yalls still boleh keluar. Kalau nak gunakan perkhidmatan yang kampus sediakan, ada shuttle bas untuk pergi ke Desa Ilmu (boleh dikatakan nearest pekan lah). Btw, tempat terakhir bas tu akan berhenti adalah di area Summer Mall *kalau nak tau apa ada dalam mall tu bolehlah klik link tu.. So kalau nak shopping ke window shopping ke.. Bolehlah korang gi Summer Mall memandangkan itu je shopping mall yang terdekat and tak perlu keluar duit for transportation haha :P Ke? Depends lah transport apa yang korang pakai hihi.

Btw, kalau yalls nak pergi pusing2 Kuching ke apa ke... korang kena lah cari transport sendiri.. *for those yang asal dari luar Kuching lah*. Korang boleh naik bas, van sapu atau pon yalls boleh lah sewa kereta memandangkan kat sini ramai org buat business kereta sewa ni. Hihi.

Hmm, Hana rasa takde pape dah kot Hana nak share pasal kampus ni. Yang lain-2, biarlah yalls sendiri nanti yang menilai seandainya yalls dapat continue study kat sini. Ok? Hihi.

Btw, sebelum Hana habiskan kata-2 Hana ni, please wish me luck for my final exam :) Hee, thanks! Oklah Hana choow dulu k readers?

Assalamualaikum readers, bubye! Much love ❤


Love   ,
Hana ❤



Thursday, 25 September 2014

MALU! *tutup muka*

Assalamualaikum and hi readers! Hmm, kali ni muqaddimah nyaa Hana taknak buat panjang-2! Hana nak terus ke motif entri ni! Straight to the point!

Malu k malu!

OK, SILA GELAK! 

Hari Isnin lepas, kanda Nazrin a.k.a Angah post gambar tu kat FB. Siap tag kita lagi tuuu -_- Haihh, malam tu dinner dengan kawan-2, tak habis-2 Hana kena perli -_- Lagi-2 si Hadri Oppa. Tak habis-2 panggil Hana 'samseng'. Haihhh~

Esoknya study group, member-2 Hana pulak panggil Hana Kak Long... HAHAHA. Haih laah Hana. Malu I you know?? Angah ni... Huhuhuhu..

Btw, malu-2 pon still tergelak jugak. Hana sendiri tak ingat ni time umur berapa~ Lawak jugak muka gua dulu! HAHAHHAHAHA. Hana rasa ni time darjah 2 macam tu kott. Kikiki, comel tak Kak Long? *nada Kak Ton*

Yang Hana tak faham, hashtag nyaa! #jgnisapgam ! Apa punya hashtag lah kaaaan? HAHAHA! Papepon, apalah nak kisah sangat kaan? Ni lah kenangan :) Lawak-2 and malu macam mana sekali pon, nilah kenangan manis masa kecil!

Jadi rakan-2, jangan cari pasal dengan saya ye? Saya ni samseng taau! Haha, call me Kak Long! LOL! Hmm, ni Hana tebalkan muka untuk korang tengok gambar ni dengan lebih clear :)

SILA GELAK LAGI!


Ok tutup kisah Kak Long! Esok Hana first paper final exam Hana... So, mohon doakan kejayaan saya ye readers? Harap-2 cemerlang! Aminn~

K lah, tu je semua yang Hana nak melalot dalam entri ni :) Bubye readers! Wassalam :)



Love    ,
Hana <3

Saturday, 13 September 2014

Final Exam? Omaigoddd!

Hai readers, Assalamualaikum :) Selamat datang ke SMILE yang dah berhabuk tetapi dah berwajah baru.. Hehe. A few days ago Hana ubah wajah blog ni ke wajah yang lebih comel.... supaya blog ini berubah seperti tuan dia.. Hehehee. Jom kita buat hipotesis! Semakin comel Hadeeah Najwa, semakin comel blognya... Kikiki, k perasan!

Slip exam Part 3 - Semester 1 2014/2015

Hana baru download slip ni tadi kat UiTM Student Portal.. You know what does it mean? Final exam is just around the corner! Woww. Sekejap je rasa...dah nak habis part 3 dah rupanya :) That's mean, there are only 2 semesters to go! In'Allah :)

Hmm, dalam list tu sebenarnya tak semua ada paper for final. Public Speaking (HPD222) tu takde sbb tu sebenarnya koko. So takde paper :) Therefore, there are 6 papers in final exam. Please wish me luck! 

Dalam banyak-2 subjek tu, Hana saanagat takut dengan Macroeconomics (ECO211).. Sangat-2 takut! Subjek tu betul-2 nightmare pada Hana. Huhuhu~ Tapi in'Allah, I'll do my best! :) Harap-2 carry mark dapat lah tolong untuk final nanti.. Amin..

Standard lah final exam dah dekat je, students akan dilanda pelbagai jenis penyakit... Sawan, sakit jiwa dan segala macam. Hehe. Same goes to me actually. Seriously, Hana memaaang sangat-2 stress sekarang ni dengan study.. Bukan sikit taaau, banyaak! Tapi dah lumrah alam as student kan? :) There's nothing I can do except study and score an A! In'Allah..

Macam manalaah Hana tak diserang sawan.. Bulan ni sangat mencabar pada Hana... Dari masuk je bulan September ni saaampailah habis sem nanti. Time tu memang Hana lepas rindu puas-2 atas katil lah! Hehe.

Other than busy study for final exam, Hana busy siapkan assignments jugak. Baanyak assignments yang perlu submit before start final exam.. Hmm~ Ni haa assignment yang perlu dihantar ::

CSC253 - 1 Assignment
LAW245 - 3 Assignments
ELC230 - 1 Assignment
ECO211 - 2 Assignments
HPD222 - 1 Assignment

So total semuaaa ada 8 assignments yang perlu dihantar dalam bulan September ni haaa~ Then final exam pon bermulaa~~ Huhuu. Ni jadual final exam Hana ::

26.9.2014  - CTU263
27.9.2014  - ELC230
29.9.2014  - ECO211
2.10.2014  - CSC 253
11.10.2014 - PAD240
15.10.2014 - LAW245

MERDEKAAA! 

Hihi :) Tapi hanya untuk sebulan lebih je merdekanya... Then bermulalah hidup sebagai student part 4 pulaa :) Btw, nampak tak jarak antara paper CSC253 and PAD240 tuu jauh? Sebenarnya tengah-2 tu ada cuti Hari Raya AidilAdha.. 

Therefore....lepas paper CSC253 on 2hb tuu, Hana fly balik KL. Hehee :) Then pagi 11hb tu Hana fly balik Sarawak balik.. Sebab petangnya ada paper PAD240 :) Ngengada kan saya? Padahal 16hb tuu dah start cuti sem dah ponn. Tapi Hana rasa macam tanak terus balik KL time cuti sem tuu. Taktau nak pergi mana, tapi macam nak lepak-2 dulu kat Sarawak ni. Hehee.

Done about my academic! :) Tak lama lagi kita nak celebrate Hari Malaysia kan? Jadi, di kesempatan ini, Hana nak ucapkannnn....

Selamat Hari Malaysia! 
We are all lucky to be born as a Malaysian :)

Oklah, Hana nak shower and siap-2 for dinner :) Then nak gi Bilik Belajar 24jam untuk siapkan assignments. Bubye readersss. Btw, please wish me luck for final exam.. Doakan pointer Hana meningkat k? Dean list if possible! Hehe, aminn :) Good luck too to all UiTM diploma students :) Kbye, Assalamualaikum semuaa..

Love     ,
Hana <3



Friday, 20 June 2014

PULANG dan PULANG lagi kerana PM family :)

Hi and Assalamualaikum readers. Lama tak dengar cerita Hana kan? Atau mungkin soalan yang sesuai, lama Hana menghilang kan? Hana bukan menyombong atau busy sangat, well I'm not Prime Minister nak busy memanjang. Hana cuma malas nak online and bukak web www.blogger.com ni haaa je sebab Hana malas nak menaip. Entah kenapa mood nak menaip kali ni hilang lama sangat pulak. Dan entah kenapa pulak tetiba kali ni mood ni datang kembali. Hehee :)

So, tajuk kali ni 'PULANG dan PULANG lagi.....' tu bermaksud Hana dah balik sana for almost 2 months dan dah balik sini balik dah baru nak update blog hari ni. Heeeee~ 'sana' yang Hana maksudkan tuuu Semenanjung dan 'sini' tu for sure lah Sarawak :)

Sekadar nak kongsi cerita dengan readers, Hana balik ke Sarawak semula awal lebih kurang 2 minggu daripada yang sepatutnya. Hal ini kerana, *eceh, dah rasa macam buat esei Bahasa Melayu peringkat SPM pulakss! ehehe* Hana lulus temuduga sebagai Pembantu Mahasiswa (PM) untuk Minggu Destini Siswa (MDS) dan Hana telah dilantik as PM! Ohmy, so exciting! :) Hihi. MDS ni lebih kurang macam minggu orientasi bagi pelajar baru semester 1. Hmm, bukan macam sebenarnya. Memang minggu orientasi ponn. Cuma di UiTM call it Minggu Destini Siswa :)

So, Hana balik on 25th May 2014. Register Kolej Seri Gading on 26th May 2014. Kursus 27th May 2014 till 29th May 2014. Masa kursus Hana join kumpulan 4 yang diberi nama Lighter. Ni wajah-2 ahli kumpulan Lighter.

Lighter! :)

Selesai kursus, mulalah cuti Hari Gawai. This is the first time in my life Hana celebrate Gawai okay yalls! Yelah kaan, kita ni dari Semenanjung aka Tanah Malaya manalah ada sambut Hari Gawai. So mmg excited dapat sambut Hari Gawai bersama keluarga PM :) Dapat tengok orang menari ngajat. Nak try menari sama tapi tak reti lah. Kaku je kaki tangan semua. Hehee.

On the 1st June 2014 our biro, Biro Tugas-Tugas Khas (TTK) mula bertugas di Kuching International Airport (KIA) untuk sambut new students yang datang naik flight. Kami di sana saaaamapailah 4th June 2014. Ini wajah-2 ahli Biro TTK di KIA.

Biro TTK

Okay, org belakang tu menyebok -_- Btw, ni sebenarnya seorang ahli takde dalam gambar ni sbb ayah dia sakit time tu. Maka, dia tak dapat join kami di airport untuk beberapa hari~ 

Awal pagi untuk hari pertama tu Sir Awang Fardillah selaku penyelaras kursus PM dan MDS datang melawat Biro TTK yang sedang bertugad di KIA.

Kamarul, Ashwin, me, Sir Awg & Rezan

Eh-2, nampak tak apa yang Ashwin and Hana pegang tuu? Hee ni saja Hana tunjuk lebih dekat apa itu benda putih.
Welcome freshie! :)

Nak dijadikan cerita, on the first day kami kat airport, tengah-2 mood nak sambut new student tetiba kami tersambut orang lain pulak. Hehee~ Nak tengok siapa?

Biro TTK and Emma Maembong

Untuk first day kami bertugas, baliknya kami pergi makan kat area Summer Mall. Area sajaaa okay! Bukan dalam :) Hehee.

Mee Kolok timeee!

Second day at KIA :)

PM Hadeeah Aminuddin :)

Cukup pasal bertugas di airport. On the 4th June, Hana bertugas separuh hari je di KIA. Sebab Hana jadi facilitator, so Hana kena balik ke kampus awal untuk uruskan new students :) Nak tengok betapa ramainyaaa intake UiTM Sarawak kali ni?

Sesi taklimat utk pelajar baru

Pelajar yang dah daftar pada 4th June 2014 adalah sebanyak 1997 students! Ini merupakan sejarah untuk UiTM Sarawak sbb ini adalah kali pertama UiTM Sarawak ambil pelajar baru seramai ini. Hmm, punyalah ramai sampai Dewan Jubli yang besar tu pon tak dapat nak tampung student. Jadi, terpaksa lah student duduk begini haaa~

Sampai atas stage!

 Btw, at the end of the MDS, jumlah pelajar baru telah mencecah dan melebihi 2000 students! This is soooo wowww :) Btw, can you imagine Hana kena handle 65 students seorang diri? Sebabnya partner Hana as facilitator ada tugas lain. So, dia takleh jadi faci. Hm hmm~ Btw, I love this job a lot bcoz I love talk with people :) Am I too talkative? Hehee.

Gambar masa Majlis Perasmian Penutupan MDS tak ada sebab Hana kat back stage. Maka, sorrylah ye? Hee. Habis perasmian, Biro TTK kembali bertugas~ Kami kena pindahkan pelajar kampus 2 ke kampus 2. Selesai pindahkan freshie, turn kami yang PM-2 ni lah pulak yang pindah. Hi Kolej Seri Pinang :* Hehee.

Okaylah, Hana sebenarnya banyak lagi benda nak cerita selain pasal PM and MDS ni tapi Hana tak suka lah entri panjang-2. Hehee, so nanti Hana update lagi lah ye? In'Allah kalau ada kerajinan :) Kbye readers! Assalamualaikum :)


Love,          
Hana <3



Sunday, 2 March 2014

Khabar saya :)

Halloow and Assalamualaikum semuaaa :) Apa khabar? Dah makan? Buat apa? For sure lah, yall tengah online kan~ Kalau tak macam mana pulak yall boleh bukak blog Hana ni. Hehee~

This is my first entry for 2014! Woww, hebat tak Hana menahan nafsu meng'update blog? Haha. Ini dah tak tertahan dah nafsu nak melalut lalut kat blog ni. Hehe. So, how me? I'm fine and just fine :) Actually, not that fine~ Huhuu.

Hana takde topik pon sebenarnya untuk entri ni. Ni Hana update pon sekadar nak let yall know yang Hana masih wujud. Hehe. So, apa nak story eh? Hmm, Hana share activity Hana jelah eh? Okay, last Friday (28th February 2014), Mahasiswa Mahasiswi Pentadbiran Awam (MASPENA) ada anjurkan satu grand dinner di Hotel Grand Margherita. Hotel tuu lagi kan? Hehee~ So Hana tak banyak nak story pasal dinner tu. Hmm, baik gambar je yang story :)

 

Ready for Hollywood Night! :)

with Hadri Yusuf :)
 
with Elly and Fatin :)

with Ayyuni :)
 
with my classmates:)

with Miss Chai, Aisha Parveen and Azhar :)

with Salahuddin :)

with Sir Awang Fardillah :)
 
Hana tak tahu nak story apa pasal dinner tu, sorry lah ye :) Hmm. Btw, saja nak bagitau yang bulan March ni adalah bulan paaaaling busy bagi Hana and sebenarnya bagi semua students UiTM Hana rasa. Sebab hujung bulan ni final exam start~ Nak tengok betapa busy nya Hana?
 
 
3 March 2014    - Quiz 2 ACC116
4 March 2014    - Listening Test ELC150
5 March 2014    - Quiz 2 PAD214
                          - Submit assignment HPD112
                          - Presentation HPD112
6 March 2014    - Quiz 2 ECO162
                          - Submit assignment CTU151
10 March 2014  - Submit assignment ACC116 
                           -Test 2 ACC116
12 March 2014  - AGM PPRSUiTM
28 March 2014  - Start final exam
 
Hmm, k lah~ Housemates Hana dah balik. Hana nak poret bak kata orang Sarawak. Hehee. Bubye yalls! Assalamualaikum :)
 
Love    ,
Hana <3
 

 

Sunday, 22 December 2013

Mid-Sem Break bermula! :)

Hai and Assalamualaikum readers J Hana saja nak bagitau yang Hana ada kat Semenanjung sekarang ni. Haha. Kali ni Hana balik macam senyap-2 je kn? Tetiba je balik. Hihihi. UiTM tengah mid-sem break lerr.
Hana balik KL hari Jumaat (20 Disember 2013) yang lepas. Flight pukul 7.10pm, AirAsia J Kebetulan hari tu merupakan hari ulang tahun kelahiran Ayah Long. Jadi lepas Abang Boy and Abah amek Hana kat LCCT, kitorang terus ke rumah Mummy utk raikan Ayah Long.

Then dah pukul 1.30am baru balik rumah. Sembang-2 dengan Abah. Main dengan little princess Nafisah. Sedar-2 dah pukul 4.30am! Hahaha. Padahal kalau kat Sarawak, paling lewat pon Hana tidur pukul 2.00am. Ni baru first night kat KL, terus tido lambat!

Pagi Sabtu (21 Disember 2013), Hana, Abang Boy, Abah and Angah balik Gunung Semanggol, Perak. Tapi tak terus balik Ruben. Haaaaa~ Keluar je susur keluar Bukit Merah dan Selama, kami belok ke kaaaanan. Itu bermaksud, kami menuju ke Lake Town! Hihihi. Buat apa? Haaa, tengok ni kitorang buat apa J


FYI, kat Lake Town ada pusat hiburan. Alaaa tempat karok jamban and games semua tulaaah. Jadi kami menghiburkan diri di sana laaah J

Billiard J

Racing car J



Karoks! J




Basketball J


Takken J

Puas main, kami pon keluar dari kawasan Lake Town. Then pi pekena Char Kuetiau and ABC kat Anne Tomyam~ Perut dah kenyang baaaarulah balik Ruben. Malamnyaa kami pi makan kat kedai hujung kampung J

Pagi tadi pulak (Ahad) kami pi breakfast. Tengahari gi kenduri kat kawasan kampung ni jugak. Masuk-2 je kenduri tu, ada persembahan silat untuk pengantin.




Kenyang perut makan nasi minyak, kami pon balik ke Ruben semula. Masa jalan nak gi kereta tu, Hana nampaklah arrow tunjuk jalan nak ke rumah kenduri tu tadi. Menarik arrow tuu!


Sampai Ruben, Angah and Abang Boy pon bersiap nak balik ke KL sebab esok Angah kerja. Sebelum diorang balik, diorang sempat tanya Hana satu benda ni. Baca dialog ini~~

Abg Boy :: Kamu balik KL bila?
Hana :: 25hb! Lepas amek adik nnti tros gi makan Spagh Tomyam kt Roti Boy eh?
Abg Boy :: aaaaaaahhhh. 
Hana :: Alaaaa, jom aah. Adik naik bas t/hari. Smpi KL ptg. Malam gi makan. Chunn?
Angah :: Adik balik apa yg chun nya?
Hana :: haa?
Angah :: Kamu yg balik! Bukan Neelofa ke Izara Aisyah ke. 
Abg Boy :: HAHAHAHAHAHAHA
Hana :: ??!?!?!?!!?!?!?! Grr -.-

Teramat-amat menyakitkan hatilaaah mereka tu. Tapi yang penting, Hana dapat jadi anak tunggal Abah sampai Rabu ni J Petang tadi Hana and Abah gi kait rambutan kat depan Ruben. Yummy! Now Hana tgh tengok TV~ So, okaylaah. Hana nak focus kat cerita korea kt TV9 ni haa J

Bubye readers J Assalamualaikum! :*

Love    ,
Hana ❤

Sunday, 15 December 2013

Jamboree TaHa@U Peringkat Negeri Sarawak 2013

Hai and Assalamualaikum readers :) Apa khabar? Hana sihat sihat sahaja. 

Btw, cakap pasal 'menanya khabar' ni, Hana teringat dulu Hana pernah baca satu artikel. Mesej yang ada dalam artikel tu adalah seandainya orang bertanyakan khabar kita, kita hendaklah jawab kita baik walaupun kita kurang sihat sebenarnya. Kenapa? Ini jawapannya :)

Hal ini kerana, sebenarnya bila kita demam ke selsema ke batuk ke, itu menunjukkan sebenarnya sistem pertahanan badan kita sedang membaikkan lagi sistem tersebut. In other word, 'update' the system. Jadi sebenarnya kalau kita sakit-2, itu menunjukkan yang sebenarnya kita sihat.So bila anda sedang sakit, ucapkanlah 'Alhamdulillah'. Lagipon sakit itukan dapat menghapuskan dosa-dosa kecil kita ;) Hehee.

Allright, berbalik semula kepada motif asal Hana update entry ni. Hihi. 
Jamboree TaHa@U Peringkat Negeri Sarawak
Pada 6hb-8hb Disember 2013 yang lepas, Hana ada mengikuti satu program yang dianjurkan oleh Tabung Haji di Kem PLKN Puncak Permai, Bau, Sarawak. Program yang saaaangat awesome ni melibatkan 4 buah IPT iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Samarahan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Institut Kemahiran Islam Malaysia (IKMAS) dan Kolej Teknologi Sarawak.

Jamboree TaHa@U

Jamboree selama 3 hari dan 2 malam tu akan Hana ingat sampai bila-2! Takkan lupa. Sesungguhnya jamboree itu adalah salah satu kenangan manis dalam hidup Hana. 6 Dis 2013 (Jumaat) kami dari UiTM gerak jam 3pm. Sampai sana kem terus register as peserta :)

Baru sampai

Sesi pendaftaran

Panjang beratur!

Panjang kan yang beratur untuk daftar? Hihi. Itu baaaru dari UiTM sajooo. Belum dari yang lain-2 laagi :) Okay, then kami ada sesi taklimat.

Sesi taklimat dan Majlis Perasmian




Selesai taklimat segala bagai, kami solat Asar. After solat Asar, semua peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan. Hana dapat first group and the name of my group is 'IM4U' <3 Okay, group Hana terdiri daripada 1 orang pelajar Kolej Teknologi Sarawak. Herol namanya :) Then 3 orang daripada UNIMAS. Najib, Ain dan Siti :) Seterusnya 4 orang daripada UiTM. Ita, Dee, Zana and myself, Hana :D

Selepas dibahagikan kepada kumpulan, first task kami adalah masak untuk dinner. Kami dikehendaki masak Ayam Pansuh sebagai menu dinner group kami.

Sesi tunjuk ajar cara masak Ayam Pansuh


My group, IM4U

Oppa's group, KAMI



Selesai masak, solat Maghrib. Then dinner. Maka chef yang tadinya mengajar kami masak tu pon merasa lah hasil masakan kami satu kumpulan sebelum kami melantak itu ayam. Hihi :)

Alhamdulillah, positive comment :)

Selesai makan, solat Isyak. Then kami bersiap-sedia untuk aktiviti Night Walk.

IM4U ready for Night Walk!

Selesai Night Walk, sleep :) Then esoknya after solat Subuh, kena buat senam aerobik :) After that, breakfast. Lepas tu kami ada aktiviti Flying Fox and Obstacle Race aka Kembara Berhalangan :) Best!






Monkey Rack


Tarzan Swing

Obstacle Race

Flying Fox

Masa Monkey Rack tu Hana takleh buat faktor ketinggian. Kih-3. Sebab takleh buat tu taklah frust saaangat. Tapi bila kena gelak dengan fasi, terus frust gila-2 :( Sampai hati fasi tu gelakkan ketinggian kita. Huuu~ Petangnya pulak kami ada sesi LDK iaitu Munaqahat dan Pengurusan Jenazah :)


Munaqahat




Pengurusan Jenazah

Malamnya pulak kami ada Malam Seni. Lebih kurang malam kebudayaan lah. Setiap kumpulan akan diberi tajuk untuk persembahan masing-2. Kumpulan Hana dapat tajuk Dikir Barat bertemakan 'Anak Derhaka'. Inilah hasilnya :)


IM4U berdikir barat

Nampak tak tali kuning di kepala kami semua tu? Hihi. Entah fasi mana punya, kitorang rembat jea untuk persembahan kitorang. Asalkan kreatif! Kihkihkih :)

kreativiti IM4U

Selesai semua kumpulan, sleep :) Btw, nak share jugak group Oppa, KAMI punya persembahan. Diorang punya tajuk persembahan ialah drama bertemakan Madu Tiga. Gambar tadak tapi apa yang Hana boleh katakan, diorang punya grouplah yang paaaling gempak sekali persembahannya :)

Okay esoknya pulak~~ Seawal jam 4am kami ber'Qiamullail :) After Subuh, sekali lagi senam aerobik. Then breakfast. Then baaarulah start aktiviti. Aktiviti kali ni gempak sikit! Apa dia? Haaa, jelajah gua :D 2 gua yang kami jelajah iaitu Fairy Cave and Gua Angin :)





Fairy Cave

IM4U girls :)

Gua Angin

Then kami pergi Tasik Biru sebelum pulang ke kem~ Tapi sorry lah, no picture :) Balik kem, kemaskan diri. Mandi and packing barang semula. Then lunch and solat Zohor. After solat, ada last LDK before balik ke universiti masing-2. Last LDK sangat-2 menganggu jiwa Hana sebenarnya. Sampai sekarang jiwa Hana masih kacau disebabkan benda ni! Tapi, hmmm~

Apa LDK tu? Its about our parents. Bila cakap parents, ofzoz laaah Hana akan jiwa kacau disebabkan rindu pada arwah Mama. Hmm. Masa LDK ni, hampir semua peserta nangis. Include me!




Task kami adalah tulis surat untuk parents kami masing-2. Tapi task untuk Hana lain sikit. Tulis surat untuk Abah sahaja. Untuk Mama? Dalam doa sajalah :')

Okay then majlis penutupan program :) Then sesi penyampaian hadiah kepada kumpulan-2 yang menang. Hihi. IM4U? Opcoz lah nombor 1! Hehee :D Alhamdulillah :)



IM4U

Yeayyy! Habis sudah :) Tapi sedih jugak sbb kena berpisah dgn ahli group yang dah start rapat :') Habis agih-2 isi hamper kat ahli kumpulan, kami pon naik lah bas pulang ke IPT masing-2 :) Seriously, jamboree ni sangat-3 sweet memory okay. Sangat-2!

K lah, Hana nak choww dah. Nak gi lunch. Hanggeriiiiiii :( Bubye readers. Muah-2 :* Assalamualaikum.



Love   , 
Hana