About Me

My photo
Hadeeah Najwa names given . You can call her either Hadeeah or Hana . She was borned on 24th August 1995 at Hospital Kuala Lumpur. Studying Diploma in Public Administration at UiTM Campus Samarahan 2, Sarawak.She's really addicted to teddy bears and musics. She has a sweet smile and very easy to smile :)
Sparkly Santa Hat Ice Cream

What time is it?

Le Family

Le Family
Ate ke Papie ↣ Tuan Aminuddin ❤

Ate ke Kibu ↣ Arwah Puan Jora @ Latifah ❤

Ate ke Bonda ↣ Puan Sahliah ❤

Ate ke Songkok ↣ Muhd Nadhir ❤

Ate ke Kangah ↣ Muhammad Nazrin ❤

Le Love

Le Love
Mustafa Marzuki ❤

Total Pageviews

Showing posts with label Daim Oppa. Show all posts
Showing posts with label Daim Oppa. Show all posts

Thursday, 25 September 2014

MALU! *tutup muka*

Assalamualaikum and hi readers! Hmm, kali ni muqaddimah nyaa Hana taknak buat panjang-2! Hana nak terus ke motif entri ni! Straight to the point!

Malu k malu!

OK, SILA GELAK! 

Hari Isnin lepas, kanda Nazrin a.k.a Angah post gambar tu kat FB. Siap tag kita lagi tuuu -_- Haihh, malam tu dinner dengan kawan-2, tak habis-2 Hana kena perli -_- Lagi-2 si Hadri Oppa. Tak habis-2 panggil Hana 'samseng'. Haihhh~

Esoknya study group, member-2 Hana pulak panggil Hana Kak Long... HAHAHA. Haih laah Hana. Malu I you know?? Angah ni... Huhuhuhu..

Btw, malu-2 pon still tergelak jugak. Hana sendiri tak ingat ni time umur berapa~ Lawak jugak muka gua dulu! HAHAHHAHAHA. Hana rasa ni time darjah 2 macam tu kott. Kikiki, comel tak Kak Long? *nada Kak Ton*

Yang Hana tak faham, hashtag nyaa! #jgnisapgam ! Apa punya hashtag lah kaaaan? HAHAHA! Papepon, apalah nak kisah sangat kaan? Ni lah kenangan :) Lawak-2 and malu macam mana sekali pon, nilah kenangan manis masa kecil!

Jadi rakan-2, jangan cari pasal dengan saya ye? Saya ni samseng taau! Haha, call me Kak Long! LOL! Hmm, ni Hana tebalkan muka untuk korang tengok gambar ni dengan lebih clear :)

SILA GELAK LAGI!


Ok tutup kisah Kak Long! Esok Hana first paper final exam Hana... So, mohon doakan kejayaan saya ye readers? Harap-2 cemerlang! Aminn~

K lah, tu je semua yang Hana nak melalot dalam entri ni :) Bubye readers! Wassalam :)



Love    ,
Hana <3

Sunday, 2 March 2014

Khabar saya :)

Halloow and Assalamualaikum semuaaa :) Apa khabar? Dah makan? Buat apa? For sure lah, yall tengah online kan~ Kalau tak macam mana pulak yall boleh bukak blog Hana ni. Hehee~

This is my first entry for 2014! Woww, hebat tak Hana menahan nafsu meng'update blog? Haha. Ini dah tak tertahan dah nafsu nak melalut lalut kat blog ni. Hehe. So, how me? I'm fine and just fine :) Actually, not that fine~ Huhuu.

Hana takde topik pon sebenarnya untuk entri ni. Ni Hana update pon sekadar nak let yall know yang Hana masih wujud. Hehe. So, apa nak story eh? Hmm, Hana share activity Hana jelah eh? Okay, last Friday (28th February 2014), Mahasiswa Mahasiswi Pentadbiran Awam (MASPENA) ada anjurkan satu grand dinner di Hotel Grand Margherita. Hotel tuu lagi kan? Hehee~ So Hana tak banyak nak story pasal dinner tu. Hmm, baik gambar je yang story :)

 

Ready for Hollywood Night! :)

with Hadri Yusuf :)
 
with Elly and Fatin :)

with Ayyuni :)
 
with my classmates:)

with Miss Chai, Aisha Parveen and Azhar :)

with Salahuddin :)

with Sir Awang Fardillah :)
 
Hana tak tahu nak story apa pasal dinner tu, sorry lah ye :) Hmm. Btw, saja nak bagitau yang bulan March ni adalah bulan paaaaling busy bagi Hana and sebenarnya bagi semua students UiTM Hana rasa. Sebab hujung bulan ni final exam start~ Nak tengok betapa busy nya Hana?
 
 
3 March 2014    - Quiz 2 ACC116
4 March 2014    - Listening Test ELC150
5 March 2014    - Quiz 2 PAD214
                          - Submit assignment HPD112
                          - Presentation HPD112
6 March 2014    - Quiz 2 ECO162
                          - Submit assignment CTU151
10 March 2014  - Submit assignment ACC116 
                           -Test 2 ACC116
12 March 2014  - AGM PPRSUiTM
28 March 2014  - Start final exam
 
Hmm, k lah~ Housemates Hana dah balik. Hana nak poret bak kata orang Sarawak. Hehee. Bubye yalls! Assalamualaikum :)
 
Love    ,
Hana <3
 

 

Sunday, 15 December 2013

Jamboree TaHa@U Peringkat Negeri Sarawak 2013

Hai and Assalamualaikum readers :) Apa khabar? Hana sihat sihat sahaja. 

Btw, cakap pasal 'menanya khabar' ni, Hana teringat dulu Hana pernah baca satu artikel. Mesej yang ada dalam artikel tu adalah seandainya orang bertanyakan khabar kita, kita hendaklah jawab kita baik walaupun kita kurang sihat sebenarnya. Kenapa? Ini jawapannya :)

Hal ini kerana, sebenarnya bila kita demam ke selsema ke batuk ke, itu menunjukkan sebenarnya sistem pertahanan badan kita sedang membaikkan lagi sistem tersebut. In other word, 'update' the system. Jadi sebenarnya kalau kita sakit-2, itu menunjukkan yang sebenarnya kita sihat.So bila anda sedang sakit, ucapkanlah 'Alhamdulillah'. Lagipon sakit itukan dapat menghapuskan dosa-dosa kecil kita ;) Hehee.

Allright, berbalik semula kepada motif asal Hana update entry ni. Hihi. 
Jamboree TaHa@U Peringkat Negeri Sarawak
Pada 6hb-8hb Disember 2013 yang lepas, Hana ada mengikuti satu program yang dianjurkan oleh Tabung Haji di Kem PLKN Puncak Permai, Bau, Sarawak. Program yang saaaangat awesome ni melibatkan 4 buah IPT iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Samarahan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Institut Kemahiran Islam Malaysia (IKMAS) dan Kolej Teknologi Sarawak.

Jamboree TaHa@U

Jamboree selama 3 hari dan 2 malam tu akan Hana ingat sampai bila-2! Takkan lupa. Sesungguhnya jamboree itu adalah salah satu kenangan manis dalam hidup Hana. 6 Dis 2013 (Jumaat) kami dari UiTM gerak jam 3pm. Sampai sana kem terus register as peserta :)

Baru sampai

Sesi pendaftaran

Panjang beratur!

Panjang kan yang beratur untuk daftar? Hihi. Itu baaaru dari UiTM sajooo. Belum dari yang lain-2 laagi :) Okay, then kami ada sesi taklimat.

Sesi taklimat dan Majlis Perasmian




Selesai taklimat segala bagai, kami solat Asar. After solat Asar, semua peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan. Hana dapat first group and the name of my group is 'IM4U' <3 Okay, group Hana terdiri daripada 1 orang pelajar Kolej Teknologi Sarawak. Herol namanya :) Then 3 orang daripada UNIMAS. Najib, Ain dan Siti :) Seterusnya 4 orang daripada UiTM. Ita, Dee, Zana and myself, Hana :D

Selepas dibahagikan kepada kumpulan, first task kami adalah masak untuk dinner. Kami dikehendaki masak Ayam Pansuh sebagai menu dinner group kami.

Sesi tunjuk ajar cara masak Ayam Pansuh


My group, IM4U

Oppa's group, KAMI



Selesai masak, solat Maghrib. Then dinner. Maka chef yang tadinya mengajar kami masak tu pon merasa lah hasil masakan kami satu kumpulan sebelum kami melantak itu ayam. Hihi :)

Alhamdulillah, positive comment :)

Selesai makan, solat Isyak. Then kami bersiap-sedia untuk aktiviti Night Walk.

IM4U ready for Night Walk!

Selesai Night Walk, sleep :) Then esoknya after solat Subuh, kena buat senam aerobik :) After that, breakfast. Lepas tu kami ada aktiviti Flying Fox and Obstacle Race aka Kembara Berhalangan :) Best!






Monkey Rack


Tarzan Swing

Obstacle Race

Flying Fox

Masa Monkey Rack tu Hana takleh buat faktor ketinggian. Kih-3. Sebab takleh buat tu taklah frust saaangat. Tapi bila kena gelak dengan fasi, terus frust gila-2 :( Sampai hati fasi tu gelakkan ketinggian kita. Huuu~ Petangnya pulak kami ada sesi LDK iaitu Munaqahat dan Pengurusan Jenazah :)


Munaqahat




Pengurusan Jenazah

Malamnya pulak kami ada Malam Seni. Lebih kurang malam kebudayaan lah. Setiap kumpulan akan diberi tajuk untuk persembahan masing-2. Kumpulan Hana dapat tajuk Dikir Barat bertemakan 'Anak Derhaka'. Inilah hasilnya :)


IM4U berdikir barat

Nampak tak tali kuning di kepala kami semua tu? Hihi. Entah fasi mana punya, kitorang rembat jea untuk persembahan kitorang. Asalkan kreatif! Kihkihkih :)

kreativiti IM4U

Selesai semua kumpulan, sleep :) Btw, nak share jugak group Oppa, KAMI punya persembahan. Diorang punya tajuk persembahan ialah drama bertemakan Madu Tiga. Gambar tadak tapi apa yang Hana boleh katakan, diorang punya grouplah yang paaaling gempak sekali persembahannya :)

Okay esoknya pulak~~ Seawal jam 4am kami ber'Qiamullail :) After Subuh, sekali lagi senam aerobik. Then breakfast. Then baaarulah start aktiviti. Aktiviti kali ni gempak sikit! Apa dia? Haaa, jelajah gua :D 2 gua yang kami jelajah iaitu Fairy Cave and Gua Angin :)





Fairy Cave

IM4U girls :)

Gua Angin

Then kami pergi Tasik Biru sebelum pulang ke kem~ Tapi sorry lah, no picture :) Balik kem, kemaskan diri. Mandi and packing barang semula. Then lunch and solat Zohor. After solat, ada last LDK before balik ke universiti masing-2. Last LDK sangat-2 menganggu jiwa Hana sebenarnya. Sampai sekarang jiwa Hana masih kacau disebabkan benda ni! Tapi, hmmm~

Apa LDK tu? Its about our parents. Bila cakap parents, ofzoz laaah Hana akan jiwa kacau disebabkan rindu pada arwah Mama. Hmm. Masa LDK ni, hampir semua peserta nangis. Include me!




Task kami adalah tulis surat untuk parents kami masing-2. Tapi task untuk Hana lain sikit. Tulis surat untuk Abah sahaja. Untuk Mama? Dalam doa sajalah :')

Okay then majlis penutupan program :) Then sesi penyampaian hadiah kepada kumpulan-2 yang menang. Hihi. IM4U? Opcoz lah nombor 1! Hehee :D Alhamdulillah :)



IM4U

Yeayyy! Habis sudah :) Tapi sedih jugak sbb kena berpisah dgn ahli group yang dah start rapat :') Habis agih-2 isi hamper kat ahli kumpulan, kami pon naik lah bas pulang ke IPT masing-2 :) Seriously, jamboree ni sangat-3 sweet memory okay. Sangat-2!

K lah, Hana nak choww dah. Nak gi lunch. Hanggeriiiiiii :( Bubye readers. Muah-2 :* Assalamualaikum.



Love   , 
Hana