About Me

My photo
Hadeeah Najwa names given . You can call her either Hadeeah or Hana . She was borned on 24th August 1995 at Hospital Kuala Lumpur. Studying Diploma in Public Administration at UiTM Campus Samarahan 2, Sarawak.She's really addicted to teddy bears and musics. She has a sweet smile and very easy to smile :)
Sparkly Santa Hat Ice Cream

What time is it?

Le Family

Le Family
Ate ke Papie ↣ Tuan Aminuddin ❤

Ate ke Kibu ↣ Arwah Puan Jora @ Latifah ❤

Ate ke Bonda ↣ Puan Sahliah ❤

Ate ke Songkok ↣ Muhd Nadhir ❤

Ate ke Kangah ↣ Muhammad Nazrin ❤

Le Love

Le Love
Mustafa Marzuki ❤

Total Pageviews

Tuesday 28 February 2012

Ratu Hatiku :')


DIA

Dia aset saya yang paling berharga . Pada saya , dialah segala-galanya . Setiap detik bersamanya merupakan detik yang paling bermakna dalam hidup saya . Malangnya , dia tiada lagi di muka bumi ini . Dan saya , kehilangan aset itu buat selama-lamanya .

Masih terngiang-ngiang gelak ketawanya di telinga saya . Memek mukanya masih dapat saya bayangkan . Dan bayangan itulah pengubat rindu dikala saya merindukannya . Hanya dia yang bermain di minda saya . Hanya dia !

Waktu kecilku , didandannya rambut saya dengan penuh kasih sayang setiap pagi sebelum ke sekolah . Diusapnya dahi saya dengan penuh kelembutan apabila saya demam . Diciumnya pipi saya dan dipeluknya tubuh saya dengan penuh rasa cinta .

Kini tiada lagi orang yang mendandan  rambut saya , yang mengusap dahi saya , yang mencium pipi saya dan yang memeluk saya . Semua itu jadi kenangan sahaja . Sangat pedih apabila ku kenang semula detik-2 tersebut . Sangat pedih !

Adakah penggantinya ? Tiada ! Dia satu di hati saya . Cuma dia ! Akan dimasaknya apa jua juadah yang ku pinta . Akan diusahanya untuk mendapatkan apa sahaja yang ku mahu . Akan dibetul dan ditegurnya semua kesilapanku dengan kelembutan . Tiada wajah benci akan diriku di mukanya . Hanya kelihatan , kasih sayang ! Yes , kasih sayang !

Ya Allah , sempurnanya dia . Cantiknya dia . Indahnya budi pekertinya . Baik sungguh hatinya . Sungguh ku rindu segala yang ada pada dirinya . Segalanya ! Tak terkata betapa saya rindukan dirinya . Sangat rindu !

Dia ibu saya . Dia mama saya . Dia emeh saya . Dia bonda saya . Dia mommy saya . Dia segalanya pada saya .

















Mama , adik rindu sangat 'udang masak lemak' masakan Mama . Adik rindu sangat Mama gosok belakang adik bila adik semput malam-2 . Adik rindu sangat Mama lafaz 'B U Too By' bila adik lafazkan 'B U Bu' pada Mama . Sangat rindu !

Adik rindu pesanan Mama 'belajar rajin-2 dik' setiap kali adik nak ke sekolah . Adik rindu sangat orang tanya adik 'Adik nak makan apa malam ni ?' . 

Ma , adik kehilangan tempat berkongsi cerita . Tempat berkongsi rahsia . Tempat mengadu . Memang ramai Ma yang cakap pada adik . "Tak apa dik , ramai lagi yang adik masih ada . Adik ada Mummy , Cik Tie , Alang , Ibu ." Ma , diorang tak sama macam Mama :'( 

Seandainya adik berkongsi cerita tentang kelemahan adik , akan Mama diamkan kelemahan adik itu . Tidak seinci pon Mama membuka mulut ke orang lain tentang kelemahan tersebut . Bagaimana hendak adik kongsikan perkara sebegitu dengan orang lain ? Mereka tetap orang lain ! Mereka bukan Mama , Ma :'(

Ma , adik redha dengan ketentuan ini . Tapi kesedihan adik tak berkurang Ma . Ada yang mengatakan , adik masih boleh ketawa . Yes , adik boleh ketawa sebab adik nak Mama nak tenang disana . Lagipon , sedih tak bermaksud kena menangis kan Ma ? 

Ma , adik masih ingat kata-2 Mama . Mama cakap , Mama nk tinggal di Ipoh tahun ni . Adik cakap , tak kan Mama nak tinggalkan adik ? Then , Mama jawab , adik tinggal lah disini dulu . Lepas SPM , Mama amek adik . Ya Allah , jika benar apa yg Mama katakan , sungguh aku mahu Ya Allah .

Mungkin ada yang kata saya gila sebab berkata dan meminta sebegitu . Tapi , ada aku kesah  ?  Ma , Mama tenanglah di sana ya ? Jangan Mama risaukan adik . InsyaAllah , adik ok sahaja disini . Bila tiba masanya , adik juga akan pasti menyusur Mama ke sana . Kita berjumpa disana ya Ma ? 

Adik saaaayang Mama sesangat ! Love you Ma ! B U BU ! Muahh . Al-Fatihah (:





**hmm , mohon sedekahkan Surah Al-Fatihah and Surah Al-Ikhlas untuk arwah Mama Hana ya readers . Thank you yaa yalls (: Allah sahaja yang mampu membalasnya .

Saturday 18 February 2012

Mama Tenat :'(

Jumaat - 17 Februari 2012


Hana sampai hospital pukul 5.15 pm . Hana masuk dalam dengan Angah . Tukar turn dengan Abah and Abang Boy . Masa Hana nk masok ICU , Abah cakap "Adik , baca Yaasin kat Mama."  Agak-2 kalau jadi kat korang , apa korang akan buat ? Hmm . Masa tu Hana dah takot . Hana masuk , jumpa jea Mama terus cium tangan dia . Then , Hana duduk hujung katil jea . Tak sanggup nk duduk sebelah . Takut tak boleh control emosi . Malam nya , Angah ke hospital untuk jaga Mama smpai pagi .




Sabtu - 18 Februari 2012


Pukul 8 am , Angah call . Dia suruh bukak pintu rumah . Dia baru balik dari hospital . Hana tanya dia pasal keadaan Mama . Dia cakap , Angah tido pukul 5 am . Sepanjang dia jaga ,Mama tido jea . 6.30 am Angah bangun . Angah tengok Mama dah bangun . Dia cakap , muka Mama segar . Hana dengar cerita tu , senang hati . 

Hana ada janji dengan Abang Boy nak ke IT FAIR kat Mid Valley sbb dia nk beli printer for Warisan Masperak . Elok jea dia sampai rumah , hospital call Abah .  Pihak hospital mintak Abah ke hospital . Doktor nk jumpe dia .

Masa tengok Mama , tk terkata lah seberapa bnyak air mata Hana keluar . Isi padu air mata Hana infinity ! Doktor cakap , kuman yg selama ni ada dekat paru-2 dia dh berjangkit ke dalam darah dia :'( 

Doktor cakap , diorang still continue ubat and antibiotik . Tapi dia cakap harap kitorang sntiasa brsedia dgn sebarang kemungkinan . Tak tahu berapa byk tisu yang Hana guna for lap air mata . Then Hana duduk jea sblah Mama . Kiss Mama . Peluk Mama . Ommo !

Disebab kan ada staff nurse yg perasan Hana dh macam tk tentu arah , dioarang laju masok dalam bilik Mama and tanya Hana , " adik nak duduk dengan mak ke ?" Hana angguk . Diorang adjust Mama for ada ruang untuk Hana duduk atas katil tu . Mula-2 Hana duduk , gosok tgn dia . Cium dia . 

At last , Hana baring sebelah Mama . Ommo ! 2 month Hana tk baring sblah Mama . Sumpah rindu ! hmm :( Then , ada nurse ni cakap . "Adik nk cakap apa dgn mak , cakap jea . Mungkin dia masih boleh dengar. Adik ajar mak mengucap ok ?"

Hana pergi sebelah Mama and ajar mengucap . Hana baca lagi Yaasin . Hana duduk sebelah dia and sembang seolah-olah dia menjawab setiap satu perbualan kami . Sudahnya Hana salam , cium tangan and mintak ampun dari dia . 



Seandainya Mama pergi dalam waktu terdekat ni and Hana tk sempat mintak ampun kat dia . I don't know what will happen to me . Hana byk sgt buat dosa dengan Mama . Yess , banyak sangat ! Hana harap Mama dah ampunkan semua dosa Hana kat dia :'(

Keluar jea , Hana msg Kak Ain . Then , Kak Ain call . Dia dh nangis-2 . Just like me -.-  Dia cakap , dia nk balik rumah malam ni jugak . Dia nk cari bas . And yes , bas dia jalan 11.15 pm . And now , Hana tgh tunggu dia smpai KL . Dijangka smpai pukul 5 am . Now , 4.08 am . 

Don't ask me , kenapa tk tido lagi . Hana tak bole tido . Otak Hana cuma ingat Mama . Serious Hana tk bole pejam . Jiwa Hana tk tenang selagi tk tengok muka Mama sesegar , sehappy , seceria dulu . 



------> Ya Allah , Kau pulihkan dan sembuhkanlah penyakit Mama . Kau hentikanlah penderitaan yang dirasainya Ya Allah . Sesungguhnya aku tidak mampu lagi melihat dia begini menahan sakit . Tiada lagi tempat lain untuk aku meminta , merayu and memohon Ya Allah . Hanya Kau sahajalah yang tempat aku meminta , merayu dan memohon . Ya Allah , Kau perkenankanlah doaku ini Ya Allah . Hanya Engkau sahaja yang mampu memakbulkan doaku ini . Amin ~




**mohon doakan Mama Hana yaa readers . Kalau malas pon , cukup lah sekadar meng'amin'kan doa Hana . Terima kasih . And sesiapa yg nak datang melawat Mama Hana kat hospital tengok ni ::