About Me

My photo
Hadeeah Najwa names given . You can call her either Hadeeah or Hana . She was borned on 24th August 1995 at Hospital Kuala Lumpur. Studying Diploma in Public Administration at UiTM Campus Samarahan 2, Sarawak.She's really addicted to teddy bears and musics. She has a sweet smile and very easy to smile :)
Sparkly Santa Hat Ice Cream

What time is it?

Le Family

Le Family
Ate ke Papie ↣ Tuan Aminuddin ❤

Ate ke Kibu ↣ Arwah Puan Jora @ Latifah ❤

Ate ke Bonda ↣ Puan Sahliah ❤

Ate ke Songkok ↣ Muhd Nadhir ❤

Ate ke Kangah ↣ Muhammad Nazrin ❤

Le Love

Le Love
Mustafa Marzuki ❤

Total Pageviews

Showing posts with label Ruben. Show all posts
Showing posts with label Ruben. Show all posts

Wednesday, 25 December 2013

Anak tunggal laagi ❤

Hai and Assalamualaikum readers. Jom kita sambung kisah aktiviti Hana sebagai anak tunggal Abah di RuBen :) 

Isnin (23/12) yang lepas, Hana pepaaaagi lagi dah keluar dengan Abah. Sebab malam sebelumnya, di saat Hana sedang busy ber'Shiseido *anak dara kaki pakai mask tuuu taulah Shiseido tuu apa. Yang taktau, pi tanya depaa yang tau naa* , Hana cakap kat Abah "Papie, pagi esok kita pi tepen ye? Nak makan nasi lemak hari tuu." Jawab Abah, "amboooi". Itu saja jawabnya :) Hihi.

Dulu Abah penah bawak Hana breakfast kat satu kedai nasi lemak ni tapi Hana tktau nama kedai tu apaaa. Tak teringat pulak nak tengok apa nama kedai tu. Yang Hana ingat, habiskan nasi lemak tuuu dengan penuh nikmat sebab sedaaap sangat. Hehee.

Pagi esoknyaa Abah ketuk pintu bilik Hana. "Dik, nak pi tepen dak?" Walaupun time tu Hana sedang dibuai mimpi indah sebab dapat jadi puteri kayangan *gara²  kuat tengok TV* , dengar jea Abah kata tepen terus mata tebukak and pergi mandi. Haha. 

Sampai je kedai makan tu, Hana teeerus tengok nama kedai tu dulu sebab nanti takut busy sangat habiskan nasi lemak sampai lupa nak tengok nama kedai. Hihihi. Nama kedai tu Nasi Lemak Warung Muhibah rupanyaaa~ Ada nasi lemak biasa, lauk ayam, ikan bilis, sotong and udang. Pagi tu, Hana and Abah dua² makan nasi lemak lauk sotong. Well, dah nama pon anak beranak kaaan? Mestilaah selera sama! Hihi.

Nasi lemak sotong - RM 4.50


Lepaih pekena nasi lemak, kami dua beranak pon chowww :) Pusing-2 tepen, tetiba Abah tanya "nak cendoi?" Gilaaaa tanak? Hahaa. Kami pon pi laaah parking baik punya depan Cendol Bismillah. Eh eh, tak bukak laaagi! Awai saaangat kami pi. Huhuu~

Jadi Abah pon drive laah ke kedai cendol yang lain. Kedai ni Hana pon tak pernah rasa cendolnyaa. Tapi Abah kaata, ok. Bila rasa sendiri, saaaangat okay! :) Nama kedai :: Ansari Famous Cendol. Famous? Hmm hm. Hee. Hana order cendol biasa, Abah pulak cendol kacang. Kali ni selera kami kurang sama. Hehe.

Cendol biasa - RM 1.20
Cendol kacang - RM 1.30
Cendol pulut - RM 1.60
Cendol pulut kacang - RM 1.80

Haaaa, siap price list lagi taau Hana bagi :) Tengaharinyaa kami pi lunch kat rumah Achik. Achik masak ayam masak lemak. Perghhh, sedap gilaa baqhang! Nak balik dari rumah Achik tuu, Achik bagi 3 biji durian. Maaaka, Hana pon bodek laaah Abah masak bubur kacang durian utk dinner daaaaaan permintaan Hana diterima :D Ouyeahh! Haha

Inilaaah rupa bubur kacang durian hasil masakan Chef Aminuddin :)

Bubur kacang durian - RM boleh runding. Hihi

Tersangat-sangatlaah sedap you know? Bayangkan satu periuk tuu, kami 2 beranak je yang habiskaaan. Haaa, kau mampu? Haha.

Okay, habis kisah hari Isnin. Now, hari Selasa pulak. Pagi Selasa, Hana di rumah saja. Abah keluar dengan Wak Shahrul *pengganti Abang Wahyu - pekerja RuBen*. Tengahari Abah balik then dia ajak Hana pergi makan kenduri. Ada orang kampung merangkap kawan Abah buat majlis kenduri tahlil~~

Balik dari kenduri, kami pi tengok sarang kelulut. Kelulut ni hasilkan madu. Nak tengok sarang dia?

Tempat kelulut masuk

Sarang kelulut

Haaa, itulah rupanya. Balik dari tengok sarang kelulut, kami singgah kedai kopi dulu. Naaama je kedai kopi, tapi tengok apa yang Hana minum~~

'Kopi' saya dan tapai

Then baarulah balik RuBen. Layan Prison Break :) Petangnyaa Abah ajak pi kait rambutan kat depan RuBen. Inilaah hasilnya~

Abah dan kebanggannyaa. Hihi

Malamnyaa kami pi Selinsing. Tengok De Mountain Sound ber'sound check sebab esoknya ada event Cabaran Memancing Selinsing 2014 anjuran UMNO Bhg. Bagan Serai :) 

test test one two three

Posisi :: belakang stage

Btw, dalam entri yang sebelum ni Hana dah mention kan yg Hana nak balik KL 25/12? Balik dari sound check, kami lepak kat kedai hujung kampung. Ada kawan Abah kata Sabtu (28/12) ni ada ekspidisi naik Gunung Semanggol :) Hana dengar je kawan Abah cakap macam tu, Hana terus cakap Hana nak join. Hihi. Then Abah kasi :) Yelaah kaan~ Nama jea kampung Gunung Semanggol. Panjat gunungnya, tak pernah pon. Haaa~ Maaaka, cancel lah plan Hana balik KL 25/12 a.k.a today. Hihi

Jadi hari ni lah hari kejadiannyaa Cabaran Memancing Selinsing 2014. Ehemmm, nak tunjuk satu benda ni haa :)

Yeayy, I am the champion!

Haha, itu semua dalam angan-2! LOL. Hana tak join pon laah cabaran tu. Hana gi tengok jea. Btw, juara sebenar cabaran ni menang dengan ikan seberat hampir 800g. Tempat pertama sehingga ketiga dimonopoli oleh ikan haruaaan.

Hadiah utama RM 3000, RM 2000 and RM 1000 dan lain-2 hadiah sampaai tempat ke-20. Haa~ Yaang paaling bertuah, soraaang mak cik tulee~ Tak pasai dapat sebijik motor Kriss! Sbg pengunjung jea beb. Haha. Cabutan bertuah :) Memang laah bertuah. Hihi.

Antara peserta² cabaran

Makcik² & akak² yang turut ikut serta

Jangan ingat peserta yang menang je yang untuuung tau. Pak cik ni pon ada huuuuntungnya jugook! Haa, pak cik mana? Pak cik ni haa :) Hehe.

Joran buluh *kat sini depa panggei BOG* - RM 4 termasuk tali


Sesiapa pemancing yang dah dapat ikan dikehendaki membawa ikan tersebut ke urusetia untuk timbang sebab pemenang ditentukan daripada berat ikan yang dipancing. Haaa~

Ikan² yg dah ditimbang oleh urusetia

Abah w/ kawannya yg berjaya dpt ikan

Sementara lepak² tepi parit tuu, Hana adalah dengar Abah and kawannya sembang. Hihi. Nak kata curi² dengar tak juga. Kuat depa sembang. Hehe. Perbualannya *dialek utara* :: 

Abah :: Dia bukan kesah ikan apa pon no. Ikut beghat jaa.
Kawan :: Haa lah. Camtu campak hang jaalah dalam parit!
Both :: HAHAHAHAHAHA!

Hana yang dengar tu rasa macam nak guling² jaa gelak. Hahaha. Sunggoh laah loqlaq² belaka oghang utagha ni. Haha. 

Suasana di lokasi 

Nampak tak khemah bumbung putih huuuuujung sekali tu? Haa,  itulaah stage. Ada apa kat stage tu? Ni haa.

De Mountain Sound

Sementara orang dok busy memancing, kumpulan De Mountain Sound juga sedang busy buat persembahan :) Lagu dangdut you! Hihi~

So, okaylaah. Takde benda dah kot Hana nak share :) Nanti Hana update laagi k readers? Bubye, Assalamualaikum :)

Love    ,  
Hana ❤  











Sunday, 22 December 2013

Mid-Sem Break bermula! :)

Hai and Assalamualaikum readers J Hana saja nak bagitau yang Hana ada kat Semenanjung sekarang ni. Haha. Kali ni Hana balik macam senyap-2 je kn? Tetiba je balik. Hihihi. UiTM tengah mid-sem break lerr.
Hana balik KL hari Jumaat (20 Disember 2013) yang lepas. Flight pukul 7.10pm, AirAsia J Kebetulan hari tu merupakan hari ulang tahun kelahiran Ayah Long. Jadi lepas Abang Boy and Abah amek Hana kat LCCT, kitorang terus ke rumah Mummy utk raikan Ayah Long.

Then dah pukul 1.30am baru balik rumah. Sembang-2 dengan Abah. Main dengan little princess Nafisah. Sedar-2 dah pukul 4.30am! Hahaha. Padahal kalau kat Sarawak, paling lewat pon Hana tidur pukul 2.00am. Ni baru first night kat KL, terus tido lambat!

Pagi Sabtu (21 Disember 2013), Hana, Abang Boy, Abah and Angah balik Gunung Semanggol, Perak. Tapi tak terus balik Ruben. Haaaaa~ Keluar je susur keluar Bukit Merah dan Selama, kami belok ke kaaaanan. Itu bermaksud, kami menuju ke Lake Town! Hihihi. Buat apa? Haaa, tengok ni kitorang buat apa J


FYI, kat Lake Town ada pusat hiburan. Alaaa tempat karok jamban and games semua tulaaah. Jadi kami menghiburkan diri di sana laaah J

Billiard J

Racing car J



Karoks! J




Basketball J


Takken J

Puas main, kami pon keluar dari kawasan Lake Town. Then pi pekena Char Kuetiau and ABC kat Anne Tomyam~ Perut dah kenyang baaaarulah balik Ruben. Malamnyaa kami pi makan kat kedai hujung kampung J

Pagi tadi pulak (Ahad) kami pi breakfast. Tengahari gi kenduri kat kawasan kampung ni jugak. Masuk-2 je kenduri tu, ada persembahan silat untuk pengantin.




Kenyang perut makan nasi minyak, kami pon balik ke Ruben semula. Masa jalan nak gi kereta tu, Hana nampaklah arrow tunjuk jalan nak ke rumah kenduri tu tadi. Menarik arrow tuu!


Sampai Ruben, Angah and Abang Boy pon bersiap nak balik ke KL sebab esok Angah kerja. Sebelum diorang balik, diorang sempat tanya Hana satu benda ni. Baca dialog ini~~

Abg Boy :: Kamu balik KL bila?
Hana :: 25hb! Lepas amek adik nnti tros gi makan Spagh Tomyam kt Roti Boy eh?
Abg Boy :: aaaaaaahhhh. 
Hana :: Alaaaa, jom aah. Adik naik bas t/hari. Smpi KL ptg. Malam gi makan. Chunn?
Angah :: Adik balik apa yg chun nya?
Hana :: haa?
Angah :: Kamu yg balik! Bukan Neelofa ke Izara Aisyah ke. 
Abg Boy :: HAHAHAHAHAHAHA
Hana :: ??!?!?!?!!?!?!?! Grr -.-

Teramat-amat menyakitkan hatilaaah mereka tu. Tapi yang penting, Hana dapat jadi anak tunggal Abah sampai Rabu ni J Petang tadi Hana and Abah gi kait rambutan kat depan Ruben. Yummy! Now Hana tgh tengok TV~ So, okaylaah. Hana nak focus kat cerita korea kt TV9 ni haa J

Bubye readers J Assalamualaikum! :*

Love    ,
Hana ❤

Saturday, 16 November 2013

Only a week left!

Hai and Assalamualaikum readers :) Sihat? Lama Hana menghilang kan? Hihi.

Kepada sesiapa student UiTM, tentu dah tau entri Hana kali ni tentang apa berdasarkan tajuk entri Hana tuu :) Yesss, cuti sem tinggal seminggu je lagi! Hari ni 17 November 2013. Next Sunday dah 24 November 2013. On 25 November 2013, kuliah pon start :)

Jadi Hana nak wish selamat belajar, selamat ber'kuiz, selamat ber'test, selamat ber'assignment, selamat ber'koko to all UiTM students. Kepada student baru atau part 1 students, selamat ber'MDS! Haha.Btw, tak perlu stress-2 sebab 21/12 - 5/1 kita cuti lagi :) Hihi.

Memandangkan kuliah start 25 November, jadi Hana balik Sarawak pada 23 November (Sabtu) pagi. AirAsia, 6.30am :) Ni Hana baaaru lepas check in. Dah rasa excited nak balik Sarawak! Tak saaabar sangat. Rindu gilak kamek dgn Kuching and Samarahan :) Hehe.

So, kisah Hana pulak. Ke mana Hana menghilang sampai sebulan diamkan diri? Hihi. Ada je dalam Malaysia ni. Tak ke mana pong :) Hmm. 29 Oktober (Selasa) yang lepas Hana balik Semanggol. Kacau Abah di Ruben tuuu. Hihi.

Hana balik dengan Abang Boy. Kami gerak malam. Sampai Semanggol pukul 5 pagi esoknya. Hmm. Tapi Abang Boy tak lama di Ruben. 31 Oktober (Jumaat) dia dah balik KL dah. Ada hal katanya. Jadi Hana pon dapatlah jadi anak tunggal Abah. Kihkihkih.

9/11 ada kenduri saudara di Ipoh. Jadi Abah panggil lah Abang Boy and Angah balik sebab nak ke kenduri. 8/11 Angah balik naik bas. 9/11 pulak Abang Boy sekeluarga balik tapi terus ke kenduri di Ipoh. Jumpalah kami di kenduri. Sampai je kenduri, benda pertama yang Hana buat adalah bergambar dengan Abah. Haha.


My honey bunny lovely chubby Papie :*

Selesai kenduri, kami pon baliklah ke kampung. Dah laaama sangat tak balik kampung rasanya. Sebelum sampai kampung, kami singgah dulu pusara arwah Mama tercinta.


Tanah Perkuburan Islam Kg. Changkat Larang, Lahat, Perak


Angah, Mama and Abah :')


Angah, Mama and me :')

Selesai melepas rindu dengan Mama, kami pon balik ke kampung. Play with Nafisah yang dah pandai bergambar guna front camera :) Haha. Pakngah dia lah ni yg dok ajar!


Si comel Nora Latifah Nafisah :*


Sorry, bad quality! Tapi tetap comel :)

Petangnya kami pon balik semula ke Gunung Semanggol. Tapi Angah tinggal sebab malamnya Angah balik KL naik bas. Dia dah beli tiket bas di Ipoh. Before balik Ruben, kami singgah Changkat Jering dulu. Pekena laksa and sotong kangkung! Sedap gilaaa baqhang. Then baarulah balik Ruben.

Esok paginya Hana, Abang Boy, Kak Dila and little princess Nafisah pergi ke Lake Town. Menggelapkan muka dalam water park :) Hihi. Sakan kami main ayaq! Tak ingat nak balik haaa. Hmm, picture? Sorry no picture sbb tak bawak camera pon masuk dalam tu sbb semua busy main air. Takde siapa yg nak jaga camera.Tapi kalau nak cute picture Nafisah with her papa tengah menyelam, ada!


Nafisah and Papa Boy :* hee

Haa, comelkan mereka? Picture ni staff Lake Town tu yang tolong amekkan. Allright! Malamnya kami pulang ke KL sebab sepatutnya esok Kak Dila kerja. Tapi dalam perjalanan semua mengantuk sbb mabuk air. Mana taknyaa, sehari suntuk berendam main air. Jadi kami pon berhenti di pelbagai hentian sebelah dan RnR untuk tidur. Haha. Alih-2, jam 8 pagi kami ada di Sg. Buloh. Hahaa. Maka, Kak Dila pon tak kerja. Perjalanan dari Perak ke KL dah macam dari Kelantan ke KL lamanyaa!

Hmm, takde benda dah kot yg Hana nak melalut-lalutkaan :) Hana choww dulu ye? Btw, doakan Hana untuk sem 2 Hana di UiTM Kampus Samarahan 2 as part 2 student. Doakan Hana untuk score pointer yang lebih baik, lebih bagus dan lebih cemerlang dari sem 1 punya k? 

Bubye readers :) Assalamualaikum. XOXO

Love , 
Hana ♥



Wednesday, 7 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :)

Hai Assalamualaikum readers :) Okay , Hana nak story mory kisah Hana untuk 2 hari :) 

Semalam , Hana berbuka di rumah Pak Ngah di Taman Lake View bersama a part of my big family :) Yang ada cuma Ayah Long , Pak Ngah sekeluarga , Abah , Angah , Hana , Acik sekeluarga and Acu sekeluarga . Itu bermaksud yang 2 keluarga takde kat sini sebab belum bertolak dari Kuala Lumpur iaitu Mummy & Daddy and Pak Lang sekeluarga .

Okay, Hana cerita lebih-2 pongg , yalls bukan kenal pongg kan family Hana ? Hahaha . Sekadar share cerita . So , menu berbuka puasa ~~

Ayam Golek :)

Tom Yam :)

Mee Sanggul :)

So benda-2 ni laah yang mengenyangkan perut kami semuaa . Hihi . Thanks Mak Ngah for the lazat menu ! Haha . Dah makan and solat Maghrib semuanya , kami busy pasang langsir rumah Mak Ngah :) Sorrylah takde gambar nak menunjukkan kekecohan keluarga kami memasang langsir . Tapi suasananyaaa sangat meriah !

Dah settle semuaanyaa maka Hana , Angah and Abah pon choww lah. Kami pergi ke Taiping sebab Hana nak mencari tudung . Tapi takde yang berkenan di hati :( So cancel lah plan nak beli tudung malam tu . Bodek Abah untuk ke Bagan Serai pulak esoknyaa cari tudung . 

So balik dari Taiping, kitorang terus pergi ke Restoran Anne Tom Yam untuk supper . Plus sahur sekali . Hehee . Sebab time tuu pon dah memang pukul 1.00am lebih . Hana makan Nasi Goreng Pataya , Angah pulak Nasi Goreng USA . Abah tanak makan , katanya kenyang lagi :) Tank Abah memang kecik wlaaupun nampak besar ! Hihihi :) Jangan cerita kat diaaa tau yalls . Haha . Habis makan , balik rumah .

So hari ni punya story pulak , bangun pagi main handphone , main iPad , main laptop , tengok TV , tengok kolam ikan luar rumah then terpejam balik . Hihi . Bangun balik then Abah ajaklah gi Bagan Serai . Katanya , "Jom cari tudung adik!" Hehee . Senyum lebaar saya :) Terus capai towel and mandi . Kihkihkih . Sampai Bagan Serai , Angah yang teman kita cari tudung . Naik tension kita tengok muka Angah teman kita sebab takde yang berkenan . Sudahnya , dia yang pilihkan tudungnyaa :) Half moon putih . Bolehlah-2 . Dah ada tudung , kami pon balik semula ke RuBen .

Petangnyaa , kami keluar untuk ke rumah Acik . Tapi singgah dulu di Econsave Kamunting sebab nak ke kedai tudung laaagi ! Haha . Beli half moon putih . Balik try pakai , jarang baq hang ! Tak pernah-2 aku pakai tudung jarang . Hishhh . So tujuan ke kedai tudung di Econsave Kamunting tuu untuk beli inner neck :) Maka , tidaklah terdedah tengkuk saya nanti bila pakai half moon tu :) Hihi .

Jadi kami pon bergerak ke rumah Acik di Taman Lela untuk berbuka puasa bersama big family and majlis tahlil and takbir di malam raya . Nak share menu berbuka , taaapi Hana lupa nak amek gambar menu-2 yang ada . So Hana bagitau jea lah yea ? Hihi . Yang ada sate , nasi goreng , nasi putih , sambal tumis petai , ayam kicap and etc :) 

Habis berbuka sesi sembang-2 bersama cousins :) Then orang surau pon datang dan bermulalah majlis tahlil and takbir raya :) Hana ada gambar sahaja untuk disharekan . Hana lupa nak amek video . Hee .

Majlis Tahlil dan Takbir Raya

Selesai majlis tersebut , orang-2 surau yang datang pon dihidangkan dengan makanan :)

Jamu selera 

Selepas orang surau balik , sesi sembang bersama whole big family di meja makan :) Lamaaanya tak berkumpul one big family . Macam-2 topik keluar di meja maakan :) Selesai bergosip semuaa maka Hana , Abah , Angah and Wafa (adik sedara) balik ke RuBen .

So now Hana tengah update blog ni sambil sembang-2 with Abah and Angah :) Jap laagi nak gosok baaaju raya :) Before Hana mengundurkan diri , izikan Hana ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Batin buat semua pembaca blog SMILE .

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Gambar ni Hana amek kelmarin taau :) Tapi baru sekarang nak tayang . So jangan fikir Hana tak mandi pulak sebab baju yang Hana pakai sama dengan gambar-2 yang ada dalam entri sebelum ni :) LOL ! Okaylah , Hana nak chowww dulu . Nak iron baju :) Bubye readers :* Enjoy your raya where ever you are :) Assalamualaikum .

Love ,   
Hana ❤

Monday, 5 August 2013

2 hari 3 beranak di RuBen ❤

Hai Assalamualaikum readers :) Sihat hari ni ? Tinggal sehari jea kita nak puasa :) Lusa dah raya . Hana tahu ramai antara kita tengah sibuk dengan persiapan untuk menyambut hari lebaran nanti . Settle dah baju raya, kuih raya, and for pakcik makcik tuuu, dah ready dah nak bagi duit raya kat anak-2 buah tuu nanti ? Hihi.

So now ! Hana nak start ber'story mory :) okay , dalam entri Hana yang lepas , Hana ada cerita yang Hana nak ajak Abah berbuka puasa kat Pusat Penjaja Taiping (Belakang Bomba) tuu kan ? Hihi ! Saya berjaya bodek Tuan Aminuddin tuu :) Tapi tak makan yong tau foo . Hana makan Nasi Ayam . Then kitorang order Chicken Chop untuk share 3 branak . Haa , Hana dah janji kan nak sharekan rupa menu berbuka puasa Hana di belakang Bomba tuu ? Saya tepati janji saya !


Nasi Ayam - RM 4.00 sahaja !

Chicken Chop - RM 6.50 sahaja !

Lazat tak rupanya ? Balik dari berbuka puasa , kami singgah Taiping Sentral jap . Window shopping . Windowwww jak lah :) Then pergi rumah Achik . Lepak-2 rumah makcik sorang ni . Then baliklah ke RuBen . Jangan ingat kitorang balik terus tidooo k ? Balik layan drama Miss Octopus dulu . Then keluar balik gi gerai hujung kampung . Isi perut . Alasan besaaar malas bangun sahur ! Hana makan sate , Abah and Angah makan kerang rebus :) Then Angah order yong tau foo :) As usual untuk dishare bersama 3 branak . Hihi .

Lepas tu baaarulah balik rumah . Buat assignments . Then sleeeeeeeeep :) Okay , esok nyaa pulak kitorang berbuka di Pekan Bagai Serai . Niat di hati nak makan Mee Jawa . Taaapi Restoran Desa Permai totop lah pulok ! Hooo :( Jadi kami pon berbuka lah di Gerai Pak Usup . Hihi . Makan Sambal Ikan Keli and Gulai Ikan Pari . Fuhhh ! Lazat baq hang :)

Sambal Keli and Gulai Pari :)

Lepas tu kitorang pi lepak kat RnR Gunung Semanggol. Sajaa nak pi tengok suasana orang balik kampung beraya :) Dalam lepak-2 tuu , pekena lah roti chicken floss kat Kedai Taiping Bun dgn teh O ais . Sememangnya roti-2 kat Kedai Taiping Bun ni memang best :) Dah laaaama melepak , kami ponn chowww. Pergi ke gerai makan kat Gunung Semanggol pulak :) Abah jumpa geng-2 nyaa. Hihi . Dah lepak kat gerai makan, tak kan laaah tak makan kn ? Hana orderlah roti jala . Hihi . Hana sebenarnya memang teringin saaangat roti jala sejak awal Ramadhan laagi . Maka saya pon order laaah :) Rezki laah tu ada pulak roti jala kat gerai tu . Kena pulak dengan kuah durian kaan ! Perghhh . Haha . Yang best kat gerai ni , roti jala tu dia baru buat . Biasa beli yang dah siap packing kaan ? Beli kat bazaar semua kaan . Ni makan panas-2 :)

Akak ni tak bagi amek gambaq muka dia . Maaalu !

Roti Jala + Kuah Durian = Laaaazat !


Btw , banyak kan Hana makan dalam sehari tu ? Balik Sarawak nanti dah takleh nak menggila macam ni dah :) Kena saving ! Dok sini , duit tak keluar pon dari poket . Kihkihkih . Okay , then baliklah kami ke RuBen . Sampai rumah lepak kat luar rumah dengan Abah and Angah. Abah kata mercun yang Hana beli masa raya tahun lepas ada banyak lagi . Ada dalam bilik Abah :) Hana pon pergilah amek . 

Tahun lepas Hana memang banyak habiskan duit untuk mercun ! Tapi ni jaklah yang tinggal .


Then Hana pon ajaklah Angah main . 

Hana :: Angah, jom main mercun !
Abah :: Gi main atas jalan. Amek kunci pagar dalam rumah. 
Angah :: Amek kunci dik ! 
Hana :: Kamu amek laah. 
Angah :: Baik gi amek. Angah bagi cengkerik nanti. *sambil pegang balang berisi cengkerik yang dah mati*
Hana :: Wekk. Cengkerik tuu dah maati. 
Angah :: Sebab dia dah mati lah saya bagi kamu. Dia dah jadi hantu !
Abah :: HAHAHAHAHA !
Hana :: err ? Pfffft ==' *masuk rumah amek kunci*


Jangan tiru aksi ini ! Hihi

Pfft. Sabaq jaa kami dengan abang kami soghang tuuu . Haha . Main mercun tapi panjut tak adaa . Haa , inilah jadinya :) Tangan sebelah pegang mercun ,sebelah lagi pegang liter . Dah penat main mercun , Hana main tiup-2 belon pulak . Alaa , belon yang macam gam tuu . Tiup pakai straw tuu :)

50sen only maa ! Haha

Haha . Before pergi RnR Gunung Semanggol tuu tadi , Abah singgah satu kedai runcit kat kampung tuu :) Owner nyaa Hana panggil Uncle Ah Liang . Masuk kedai tuu sebenarnya Abah nak tanya pelita and minyak gas . Tapi tak jadi beli sebab lupa nak bawak tong untung minyak gas . So before keluar dari kedai Uncle Ah Liang tuu , Abah tanyalah Hana nak pape tak . Hana terus tunjuk belon ni . Abah senyum and cakap ameklah . Haha . Bawak gi kaunter , Uncle Ah Liang gelak . Katanya , "Nak mengimbau zaman kanak-2 ka?" Haha . Eh-2 , uncle ni . Kita masih kanak-2 taau ! Hahahahah :D Nak tengok rupa Hana meniup belon nyaa ? Jangan gelak k ? Haha :P

Punyalaah lama tak tiup belon ni !

Haha . Daah laama sangat lepak luar rumah , Abah pon panggil masuk rumah sebab dah lewat malam . Masuk-2 rumah , Angah terus amek balang kuih kapit and makan kuih kapit tersebut . Saya yang perasan perbuatannya itu terus menegur . Tapi ini pula jadi =='

Hana :: Angah, lepas main mercun kamu tak basuh tangan pon. Pastu terus makan !
Angah :: Dah tu ? Nanti meletup dalam perut ke ? *senyum jahat*
Hana :: Err ? Hahahahahaha ! Booongek =='

Bengang betul saaaya . Tapi gila dia tulaaah yang selalu buat saya gelak sampai gila :D Haha. So , hari ni kami plan nak berbuka puasa at rumah Pak Ngah di Taman Lake View, Taiping :) So okaylah . Hana rasa nothing to story mory anymore :) Nanti esok atau lusa Hana update laaagi yea ;) Btw , sesiapa yang free malam ni tu , pergilah Solat Teraweh :) Malam ni kaan last teraweh untuk Ramadhan tahun ni . Okay readers ? Bubye , Assalamualaikum !

Love ,   
Hana ❤