About Me

My photo
Hadeeah Najwa names given . You can call her either Hadeeah or Hana . She was borned on 24th August 1995 at Hospital Kuala Lumpur. Studying Diploma in Public Administration at UiTM Campus Samarahan 2, Sarawak.She's really addicted to teddy bears and musics. She has a sweet smile and very easy to smile :)
Sparkly Santa Hat Ice Cream

What time is it?

Le Family

Le Family
Ate ke Papie ↣ Tuan Aminuddin ❤

Ate ke Kibu ↣ Arwah Puan Jora @ Latifah ❤

Ate ke Bonda ↣ Puan Sahliah ❤

Ate ke Songkok ↣ Muhd Nadhir ❤

Ate ke Kangah ↣ Muhammad Nazrin ❤

Le Love

Le Love
Mustafa Marzuki ❤

Total Pageviews

Showing posts with label B U BU. Show all posts
Showing posts with label B U BU. Show all posts

Wednesday, 16 July 2014

BlackBerry berehat seketika =='

Hai and Assalamualaikum readers. Sihat tak? Puasa tak? Sahur tak pagi tadi? Berbuka menu apa jap lagi? Hehee, jawab dalam hati je lah ye? Tapi, kalau nak jawab kat ruangan comment kat bawah tu pon, Hana ok aje :) Nanti Hana reply k?

Well, this entry sebenarnya just to inform yalls that my BlackBerry buat hal. Standard aah, BlackBerry -_- Huhuu. So, Hana sekarang tak dapat lah nak bersosial sangat. No more whatsapp, wechat and yang sama waktu dengannya.

Sekarang ni Hana pakai fon lama Hana. Alaa yang comel-2 macam Hana jugak tuu~ Hihi ;)

Nokia X5-01 


Btw, Hana tak pakai number Celcom yang Hana pakai dalam BB tuu. Hana pakai number DiGi dalam fon ni. Nombornyaaa 01468***** . Hehee. Sesiapa yang nak number Hana tu, bolehlah inbox kat Facebook ataupon DM kat Twitter. Hee :) Tau muka buku and burung biru kita tak? Nah laah link nyaa bagi yang tak tau tuu :) https://www.facebook.com/hadeeah and https://twitter.com/HanaKinoru . Tak pon, klik je gambar burung biru kat sudut atas kanan page ni untuk ziarah Twitter kita :)

Number Celcom tu pon sebenarnya still pakai tapi off sementara BB problem ni~ Sorry lah Hana tak dapat nak mesej sorang-2 number DiGi ni sebabnya contact number korang semua dalam BB. Yang ada dalam X5 ni, hanya my family members, ehem-2 and besties sahaja :) Ekeke.

Okay, let me tell you a story. Bila Hana switch on X5 hari tu, Hana bukak lah balik mesej-2 lama dalam fon ni. Tersenyum sendiri Hana! Hehe, macam-2 kenangan ada. Pahit, manis.... Result SPM pon ada! Haha :) Tapi ada beberapa mesej ni yang terus menusuk kalbu. Huhu~ Nak baca?

Sent by arwah Mama on 25th February 2011, 11.03am
Sent by arwah Mama on 17th November 2011, 9.56pm
Ada jugak mesej yang Abang Boy hantar kat Hana and Angah masa arwah Mama tengah tenat, 2 hari sebelum Mama meninggal dunia di ICU Hospital Ampang.

Sent by Abang Boy on 17th February 2012, 5.45pm
And, the last message that I would like to share with you all is..........

Sent by Angah on 19th February 2012, 11.15pm
Mesej tu Angah hantar masa Hana and Abah otw balik Ipoh lepas arwah Mama hembuskan nafasnya yang terakhir. Angah and Mama naik van jenazah. For sure lah Mama naik itu kan? Hehee. Van jenazah sampai dulu. Hana and Abah gerak lambat sikit sebab nak uruskan beberapa perkara di KL dulu. So, masa Hana kat highway lah, Angah tetiba hantar mesej tu.

Memang betul jenazah Mama senyum. Hilang segala rasa sedih tengok jenazahnya senyum begitu. Ada Hana simpan gambar jenazah Mama senyum tapi sorry lah ye, takleh nak share yalls. Hee :)

Okaylah. There is nothing else to say. Btw, contact Hana k siapa yang takde number DiGi Hana tuu? Bubye readers, Assalamualaikum :)



Love  ,    
Hana <3

Sunday, 15 December 2013

Jamboree TaHa@U Peringkat Negeri Sarawak 2013

Hai and Assalamualaikum readers :) Apa khabar? Hana sihat sihat sahaja. 

Btw, cakap pasal 'menanya khabar' ni, Hana teringat dulu Hana pernah baca satu artikel. Mesej yang ada dalam artikel tu adalah seandainya orang bertanyakan khabar kita, kita hendaklah jawab kita baik walaupun kita kurang sihat sebenarnya. Kenapa? Ini jawapannya :)

Hal ini kerana, sebenarnya bila kita demam ke selsema ke batuk ke, itu menunjukkan sebenarnya sistem pertahanan badan kita sedang membaikkan lagi sistem tersebut. In other word, 'update' the system. Jadi sebenarnya kalau kita sakit-2, itu menunjukkan yang sebenarnya kita sihat.So bila anda sedang sakit, ucapkanlah 'Alhamdulillah'. Lagipon sakit itukan dapat menghapuskan dosa-dosa kecil kita ;) Hehee.

Allright, berbalik semula kepada motif asal Hana update entry ni. Hihi. 
Jamboree TaHa@U Peringkat Negeri Sarawak
Pada 6hb-8hb Disember 2013 yang lepas, Hana ada mengikuti satu program yang dianjurkan oleh Tabung Haji di Kem PLKN Puncak Permai, Bau, Sarawak. Program yang saaaangat awesome ni melibatkan 4 buah IPT iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Samarahan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Institut Kemahiran Islam Malaysia (IKMAS) dan Kolej Teknologi Sarawak.

Jamboree TaHa@U

Jamboree selama 3 hari dan 2 malam tu akan Hana ingat sampai bila-2! Takkan lupa. Sesungguhnya jamboree itu adalah salah satu kenangan manis dalam hidup Hana. 6 Dis 2013 (Jumaat) kami dari UiTM gerak jam 3pm. Sampai sana kem terus register as peserta :)

Baru sampai

Sesi pendaftaran

Panjang beratur!

Panjang kan yang beratur untuk daftar? Hihi. Itu baaaru dari UiTM sajooo. Belum dari yang lain-2 laagi :) Okay, then kami ada sesi taklimat.

Sesi taklimat dan Majlis Perasmian




Selesai taklimat segala bagai, kami solat Asar. After solat Asar, semua peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan. Hana dapat first group and the name of my group is 'IM4U' <3 Okay, group Hana terdiri daripada 1 orang pelajar Kolej Teknologi Sarawak. Herol namanya :) Then 3 orang daripada UNIMAS. Najib, Ain dan Siti :) Seterusnya 4 orang daripada UiTM. Ita, Dee, Zana and myself, Hana :D

Selepas dibahagikan kepada kumpulan, first task kami adalah masak untuk dinner. Kami dikehendaki masak Ayam Pansuh sebagai menu dinner group kami.

Sesi tunjuk ajar cara masak Ayam Pansuh


My group, IM4U

Oppa's group, KAMI



Selesai masak, solat Maghrib. Then dinner. Maka chef yang tadinya mengajar kami masak tu pon merasa lah hasil masakan kami satu kumpulan sebelum kami melantak itu ayam. Hihi :)

Alhamdulillah, positive comment :)

Selesai makan, solat Isyak. Then kami bersiap-sedia untuk aktiviti Night Walk.

IM4U ready for Night Walk!

Selesai Night Walk, sleep :) Then esoknya after solat Subuh, kena buat senam aerobik :) After that, breakfast. Lepas tu kami ada aktiviti Flying Fox and Obstacle Race aka Kembara Berhalangan :) Best!






Monkey Rack


Tarzan Swing

Obstacle Race

Flying Fox

Masa Monkey Rack tu Hana takleh buat faktor ketinggian. Kih-3. Sebab takleh buat tu taklah frust saaangat. Tapi bila kena gelak dengan fasi, terus frust gila-2 :( Sampai hati fasi tu gelakkan ketinggian kita. Huuu~ Petangnya pulak kami ada sesi LDK iaitu Munaqahat dan Pengurusan Jenazah :)


Munaqahat




Pengurusan Jenazah

Malamnya pulak kami ada Malam Seni. Lebih kurang malam kebudayaan lah. Setiap kumpulan akan diberi tajuk untuk persembahan masing-2. Kumpulan Hana dapat tajuk Dikir Barat bertemakan 'Anak Derhaka'. Inilah hasilnya :)


IM4U berdikir barat

Nampak tak tali kuning di kepala kami semua tu? Hihi. Entah fasi mana punya, kitorang rembat jea untuk persembahan kitorang. Asalkan kreatif! Kihkihkih :)

kreativiti IM4U

Selesai semua kumpulan, sleep :) Btw, nak share jugak group Oppa, KAMI punya persembahan. Diorang punya tajuk persembahan ialah drama bertemakan Madu Tiga. Gambar tadak tapi apa yang Hana boleh katakan, diorang punya grouplah yang paaaling gempak sekali persembahannya :)

Okay esoknya pulak~~ Seawal jam 4am kami ber'Qiamullail :) After Subuh, sekali lagi senam aerobik. Then breakfast. Then baaarulah start aktiviti. Aktiviti kali ni gempak sikit! Apa dia? Haaa, jelajah gua :D 2 gua yang kami jelajah iaitu Fairy Cave and Gua Angin :)





Fairy Cave

IM4U girls :)

Gua Angin

Then kami pergi Tasik Biru sebelum pulang ke kem~ Tapi sorry lah, no picture :) Balik kem, kemaskan diri. Mandi and packing barang semula. Then lunch and solat Zohor. After solat, ada last LDK before balik ke universiti masing-2. Last LDK sangat-2 menganggu jiwa Hana sebenarnya. Sampai sekarang jiwa Hana masih kacau disebabkan benda ni! Tapi, hmmm~

Apa LDK tu? Its about our parents. Bila cakap parents, ofzoz laaah Hana akan jiwa kacau disebabkan rindu pada arwah Mama. Hmm. Masa LDK ni, hampir semua peserta nangis. Include me!




Task kami adalah tulis surat untuk parents kami masing-2. Tapi task untuk Hana lain sikit. Tulis surat untuk Abah sahaja. Untuk Mama? Dalam doa sajalah :')

Okay then majlis penutupan program :) Then sesi penyampaian hadiah kepada kumpulan-2 yang menang. Hihi. IM4U? Opcoz lah nombor 1! Hehee :D Alhamdulillah :)



IM4U

Yeayyy! Habis sudah :) Tapi sedih jugak sbb kena berpisah dgn ahli group yang dah start rapat :') Habis agih-2 isi hamper kat ahli kumpulan, kami pon naik lah bas pulang ke IPT masing-2 :) Seriously, jamboree ni sangat-3 sweet memory okay. Sangat-2!

K lah, Hana nak choww dah. Nak gi lunch. Hanggeriiiiiii :( Bubye readers. Muah-2 :* Assalamualaikum.



Love   , 
Hana 














Saturday, 16 November 2013

Only a week left!

Hai and Assalamualaikum readers :) Sihat? Lama Hana menghilang kan? Hihi.

Kepada sesiapa student UiTM, tentu dah tau entri Hana kali ni tentang apa berdasarkan tajuk entri Hana tuu :) Yesss, cuti sem tinggal seminggu je lagi! Hari ni 17 November 2013. Next Sunday dah 24 November 2013. On 25 November 2013, kuliah pon start :)

Jadi Hana nak wish selamat belajar, selamat ber'kuiz, selamat ber'test, selamat ber'assignment, selamat ber'koko to all UiTM students. Kepada student baru atau part 1 students, selamat ber'MDS! Haha.Btw, tak perlu stress-2 sebab 21/12 - 5/1 kita cuti lagi :) Hihi.

Memandangkan kuliah start 25 November, jadi Hana balik Sarawak pada 23 November (Sabtu) pagi. AirAsia, 6.30am :) Ni Hana baaaru lepas check in. Dah rasa excited nak balik Sarawak! Tak saaabar sangat. Rindu gilak kamek dgn Kuching and Samarahan :) Hehe.

So, kisah Hana pulak. Ke mana Hana menghilang sampai sebulan diamkan diri? Hihi. Ada je dalam Malaysia ni. Tak ke mana pong :) Hmm. 29 Oktober (Selasa) yang lepas Hana balik Semanggol. Kacau Abah di Ruben tuuu. Hihi.

Hana balik dengan Abang Boy. Kami gerak malam. Sampai Semanggol pukul 5 pagi esoknya. Hmm. Tapi Abang Boy tak lama di Ruben. 31 Oktober (Jumaat) dia dah balik KL dah. Ada hal katanya. Jadi Hana pon dapatlah jadi anak tunggal Abah. Kihkihkih.

9/11 ada kenduri saudara di Ipoh. Jadi Abah panggil lah Abang Boy and Angah balik sebab nak ke kenduri. 8/11 Angah balik naik bas. 9/11 pulak Abang Boy sekeluarga balik tapi terus ke kenduri di Ipoh. Jumpalah kami di kenduri. Sampai je kenduri, benda pertama yang Hana buat adalah bergambar dengan Abah. Haha.


My honey bunny lovely chubby Papie :*

Selesai kenduri, kami pon baliklah ke kampung. Dah laaama sangat tak balik kampung rasanya. Sebelum sampai kampung, kami singgah dulu pusara arwah Mama tercinta.


Tanah Perkuburan Islam Kg. Changkat Larang, Lahat, Perak


Angah, Mama and Abah :')


Angah, Mama and me :')

Selesai melepas rindu dengan Mama, kami pon balik ke kampung. Play with Nafisah yang dah pandai bergambar guna front camera :) Haha. Pakngah dia lah ni yg dok ajar!


Si comel Nora Latifah Nafisah :*


Sorry, bad quality! Tapi tetap comel :)

Petangnya kami pon balik semula ke Gunung Semanggol. Tapi Angah tinggal sebab malamnya Angah balik KL naik bas. Dia dah beli tiket bas di Ipoh. Before balik Ruben, kami singgah Changkat Jering dulu. Pekena laksa and sotong kangkung! Sedap gilaaa baqhang. Then baarulah balik Ruben.

Esok paginya Hana, Abang Boy, Kak Dila and little princess Nafisah pergi ke Lake Town. Menggelapkan muka dalam water park :) Hihi. Sakan kami main ayaq! Tak ingat nak balik haaa. Hmm, picture? Sorry no picture sbb tak bawak camera pon masuk dalam tu sbb semua busy main air. Takde siapa yg nak jaga camera.Tapi kalau nak cute picture Nafisah with her papa tengah menyelam, ada!


Nafisah and Papa Boy :* hee

Haa, comelkan mereka? Picture ni staff Lake Town tu yang tolong amekkan. Allright! Malamnya kami pulang ke KL sebab sepatutnya esok Kak Dila kerja. Tapi dalam perjalanan semua mengantuk sbb mabuk air. Mana taknyaa, sehari suntuk berendam main air. Jadi kami pon berhenti di pelbagai hentian sebelah dan RnR untuk tidur. Haha. Alih-2, jam 8 pagi kami ada di Sg. Buloh. Hahaa. Maka, Kak Dila pon tak kerja. Perjalanan dari Perak ke KL dah macam dari Kelantan ke KL lamanyaa!

Hmm, takde benda dah kot yg Hana nak melalut-lalutkaan :) Hana choww dulu ye? Btw, doakan Hana untuk sem 2 Hana di UiTM Kampus Samarahan 2 as part 2 student. Doakan Hana untuk score pointer yang lebih baik, lebih bagus dan lebih cemerlang dari sem 1 punya k? 

Bubye readers :) Assalamualaikum. XOXO

Love , 
Hana