About Me

My photo
Hadeeah Najwa names given . You can call her either Hadeeah or Hana . She was borned on 24th August 1995 at Hospital Kuala Lumpur. Studying Diploma in Public Administration at UiTM Campus Samarahan 2, Sarawak.She's really addicted to teddy bears and musics. She has a sweet smile and very easy to smile :)
Sparkly Santa Hat Ice Cream

What time is it?

Le Family

Le Family
Ate ke Papie ↣ Tuan Aminuddin ❤

Ate ke Kibu ↣ Arwah Puan Jora @ Latifah ❤

Ate ke Bonda ↣ Puan Sahliah ❤

Ate ke Songkok ↣ Muhd Nadhir ❤

Ate ke Kangah ↣ Muhammad Nazrin ❤

Le Love

Le Love
Mustafa Marzuki ❤

Total Pageviews

Showing posts with label LCCT. Show all posts
Showing posts with label LCCT. Show all posts

Sunday, 22 December 2013

Mid-Sem Break bermula! :)

Hai and Assalamualaikum readers J Hana saja nak bagitau yang Hana ada kat Semenanjung sekarang ni. Haha. Kali ni Hana balik macam senyap-2 je kn? Tetiba je balik. Hihihi. UiTM tengah mid-sem break lerr.
Hana balik KL hari Jumaat (20 Disember 2013) yang lepas. Flight pukul 7.10pm, AirAsia J Kebetulan hari tu merupakan hari ulang tahun kelahiran Ayah Long. Jadi lepas Abang Boy and Abah amek Hana kat LCCT, kitorang terus ke rumah Mummy utk raikan Ayah Long.

Then dah pukul 1.30am baru balik rumah. Sembang-2 dengan Abah. Main dengan little princess Nafisah. Sedar-2 dah pukul 4.30am! Hahaha. Padahal kalau kat Sarawak, paling lewat pon Hana tidur pukul 2.00am. Ni baru first night kat KL, terus tido lambat!

Pagi Sabtu (21 Disember 2013), Hana, Abang Boy, Abah and Angah balik Gunung Semanggol, Perak. Tapi tak terus balik Ruben. Haaaaa~ Keluar je susur keluar Bukit Merah dan Selama, kami belok ke kaaaanan. Itu bermaksud, kami menuju ke Lake Town! Hihihi. Buat apa? Haaa, tengok ni kitorang buat apa J


FYI, kat Lake Town ada pusat hiburan. Alaaa tempat karok jamban and games semua tulaaah. Jadi kami menghiburkan diri di sana laaah J

Billiard J

Racing car J



Karoks! J




Basketball J


Takken J

Puas main, kami pon keluar dari kawasan Lake Town. Then pi pekena Char Kuetiau and ABC kat Anne Tomyam~ Perut dah kenyang baaaarulah balik Ruben. Malamnyaa kami pi makan kat kedai hujung kampung J

Pagi tadi pulak (Ahad) kami pi breakfast. Tengahari gi kenduri kat kawasan kampung ni jugak. Masuk-2 je kenduri tu, ada persembahan silat untuk pengantin.




Kenyang perut makan nasi minyak, kami pon balik ke Ruben semula. Masa jalan nak gi kereta tu, Hana nampaklah arrow tunjuk jalan nak ke rumah kenduri tu tadi. Menarik arrow tuu!


Sampai Ruben, Angah and Abang Boy pon bersiap nak balik ke KL sebab esok Angah kerja. Sebelum diorang balik, diorang sempat tanya Hana satu benda ni. Baca dialog ini~~

Abg Boy :: Kamu balik KL bila?
Hana :: 25hb! Lepas amek adik nnti tros gi makan Spagh Tomyam kt Roti Boy eh?
Abg Boy :: aaaaaaahhhh. 
Hana :: Alaaaa, jom aah. Adik naik bas t/hari. Smpi KL ptg. Malam gi makan. Chunn?
Angah :: Adik balik apa yg chun nya?
Hana :: haa?
Angah :: Kamu yg balik! Bukan Neelofa ke Izara Aisyah ke. 
Abg Boy :: HAHAHAHAHAHAHA
Hana :: ??!?!?!?!!?!?!?! Grr -.-

Teramat-amat menyakitkan hatilaaah mereka tu. Tapi yang penting, Hana dapat jadi anak tunggal Abah sampai Rabu ni J Petang tadi Hana and Abah gi kait rambutan kat depan Ruben. Yummy! Now Hana tgh tengok TV~ So, okaylaah. Hana nak focus kat cerita korea kt TV9 ni haa J

Bubye readers J Assalamualaikum! :*

Love    ,
Hana ❤

Tuesday, 26 November 2013

New life at UiTM Kampus Samarahan 2 :)

Hai and Assalamualaikum readers :) Sihat? Alhamdulillah, Hana sihat sahaja.

So now Hana dah bergelar part 2 students in UiTM Kampus Samarahan 2 :) How new campus? Everything okay and great! Btw, disebabkan ni kampus baru adalah sedikit kekurangan nyaaaa. Macam koperasi, mesin ATM, kedai reload. Hmm, sangat susah nak cari!

So kalau nak beli barang, topup and cucuk duit, terpaksalah students keluar dari kampus. Samada pergi ke kampus 1 atau ke Desa Ilmu. Tak lah besaaa sangat pon masalah nak keluar dari kampus ni sebab UiTM ada sediakan shuttle bus :) So senang jea nak ziarah kawan-2 yang tertinggal kat kampus 1. Hihi.

UiTM sediakan perkhidmatan shuttle bus ni sebab sesetengah students tinggal di kolej yang terletak di kampus 1tapi fakultinyaa di kampus 2. Jadi mereka terpaksa ulang-alik ke kelas naik shuttle bus ni laaah~

Sekarang ni pon Hana ada di perpustakaan kampus 1 sebab nak register course. Perpustakaan kampus 2 takde Unit IT atau mungkin belum ada Hana rasa. Alang-2 dah ke sini, bolehlah terus update blog kan? Hihi.

So, untuk semester 2 ni Hana amek 7courses/subjects included koko. So, the 7 courses are ::

1. ACC116 - Introduction to Cost Accounting         
2. CTU151 - Islamic Thought and Civilization        
3. ECO162 - Microeconomics                                  
4. ELC150 - Integrated Language Skills (Reading)
5. PAD120 - Introduction to Political Science         
6. PAD214 - Introduction to Public Sector Personnel Administration
7. HPD 112 - Public Speaking (Bahasa Melayu) - Koko

Hmm, harap-2 Hana boleh bawak semua courses tu dengan baik :) Hana takut dengan ECO162 sebenarnya taapi in'Allah, I can! Sebab azam Hana sem ni, Hana nak tingkatkan pointer Hana dari sem lepas :) In'Allah.

Jadi kisah Hana balik ke Sarawak pulak :) Seperti Hana nyatakan dalam entri Hana yang sebelum ni, flight Hana balik ke Kuching, Sarawak was on 23rd November 2013 at 6.30am. Tapi on 22/11, barang-2 Hana masih belum pack :) and the best moment. kain baju Hana belum basuh pon lagi! Haha. Bukan sebab tanak balik Sarawak taaaapi kemalasan mengatasi segalanya! Hehe :)

Pagi 22/11 tu pon Abah suruhlah Hana basuh baju and pergi keringkan kat dobi DIY. Hehe. Maaaaka....



Kihkihkih. The only way nak bagi cepat kering sebab nak  lipat maaasuk beg dah :) Sementara tunggu baju dikeringkan, Hana pon pergilah breakfast di Pappa Rich with my rich Papie! Hehee :)



Yummy yummy! Kemudian kami ponn balik lah ke rumah. Packing barang and pergi ke rumah Mummy. Sebab malam tu kami tidur kat rumah Mummy di Subang Jaya. Dalam pukul 1am macam tu kami keluar untuk late dinner + supper :)

Lamb Chop!  Yummy-2 :D


Pukul 4am kami (Hana, Abah, Abang Boy and Angah) keluar rumah bergerak ke LCCT. Sepanjang perjalanan Hana tidur. Hihi. Sampai LCCT terus boarding~~



Kemudian saaaampailah saya di Kuching :) Hihi. Sampai KIA, Abang Loqman jemput Hana. Dia bawak Hana gi breakfast dulu di Serapi Corner. Then terus dia hantar Hana balik ke UiTM Kampus Samarahan 2.

Esoknyaaa, Hana ke KIA laagi untuk jemput Kak Jati pulaak. Hana pegi dgn Fifi. Then kami pergi beli barang-2 keperluan and bekalan di hostel di Kuching Sentral and Giant Tabuan. Hari Isnin (semalam), kelas Hana satu jea. 2pm-5pm iaitu kelas ACC116. Tapi disebabkan first class, lecturer lepaskan awal. Pukul 3pm dah dismiss :)

Hari ni pon kelas Hana sepatutnya start 2pm-5pm iaitu ELC150. Taaapi kelas clash dengan budak degree. Jadi kelas dibatalkan :) Hihi. Beginilah biasanya awal sem. Disebabkan tiada kelas ni laaah yang membuatkan Hana naik shuttle bus ke kampus 1 ni. Hihi.

Ok now Hana nak balik kampus 2 dah. So bubye readers :* :* Assalamualaikum :)

Love   ,
Hana ❤