About Me

My photo
Hadeeah Najwa names given . You can call her either Hadeeah or Hana . She was borned on 24th August 1995 at Hospital Kuala Lumpur. Studying Diploma in Public Administration at UiTM Campus Samarahan 2, Sarawak.She's really addicted to teddy bears and musics. She has a sweet smile and very easy to smile :)
Sparkly Santa Hat Ice Cream

What time is it?

Le Family

Le Family
Ate ke Papie ↣ Tuan Aminuddin ❤

Ate ke Kibu ↣ Arwah Puan Jora @ Latifah ❤

Ate ke Bonda ↣ Puan Sahliah ❤

Ate ke Songkok ↣ Muhd Nadhir ❤

Ate ke Kangah ↣ Muhammad Nazrin ❤

Le Love

Le Love
Mustafa Marzuki ❤

Total Pageviews

Showing posts with label final exam. Show all posts
Showing posts with label final exam. Show all posts

Thursday, 16 April 2015

Officially, I'm done with Semester 4 ! :)


Hai Assalamualaikum readers! :D Apa khabar? Okay... Kali ni Hana nak update blog dengan penuh kebahagiaan. Kenapa? Sebab cuti sem dah start...! Ouyeahh ! :)

Eh, wait! Maksudnya apa guys? I'm done with Semester 4 :D Next semester will be my last semester as diploma student. In'Allah :) Tak sangka dah jadi budak final year dah sekarang. Hehehe..


Okay readers, tengok dalam gambar kat atas tu.. Yang first tu flight Hana balik cuti sem.. 1.55pm, 17 April 2015 (esok). Second flight tu bukan Hana.. Haa, tengok nama siapa kat situ. Hmm, Hana tolong book tiket utk Zaty balik KL. Okay yang lastttttt tuuu! HAHAHAHA :D

BALI!! Yes, Bali! 5.55pm, 29 April 2015.. Hana gi holiday with Abah, Bonda and Wawa. Btw, Abah and Bonda akan fly dulu on 27 April 2015 sebab diorang ada hal kat sana. Atau mungkin Abah and Bonda nak sweet-2 dulu kat sana without gangguan anak-2! Ooops, sorry Abah and Bonda :D hehehe.

So, on 29th tuu cuma Hana and my lil sister, Wawa je yang akan fly. Ouyeahh! So inilah yang membuatkan Hana tak sabar nak cuti sem. Hehehhee. Dah lah hari tu Bonda hantar gambar duit mata wang rupiah. Saja bagi panas cepat balik lettew -.- Bonda kata, nanti bagi Rp1000000 (lebih kurang RM300) untuk sorang Najwa *Hadeeah Najwa and Nur Alya Najwa (Wawa)* untuk kitorang shoping sendiri. Ouyeahh! Haha.

Ni Hana baru habis paper Administrative Law. Kejap lagi Hana nak packing-2 barang kat kolej. Esok Hana dah fly KL :) Tadi Bonda tanya Hana nak makan apa esok... Masa ni lah kita nak bermanja-manja kan? Ehehehe. Bonda kata... esok dia masakkan my favourite food..

Ikan Bawal Sweet Sour

Kangkung Belacan 

Sotong Goreng Tepung

Wahhh :D Can't wait for tomorrow! Btw, gambar-2 tuu Hana google je. Hana pick je yang mana yang nampak menyelerakan. Kalau nak gambar yang betul-2 hasil hidangan my Bonda, esok sampai KL Hana amek gambar and Hana post dalam next entry k? Hehe.

Okaylah readers, Hana choww dulu okay? Next entry maybe Hana post as budak KL kot? Hehehe. Bubye readers, Assalamualaikum :)


Love ,
Hana 



Friday, 20 March 2015

Hello University! UiTM Kampus Samarahan 2 ❤



Hai and Assalamualaikum readers :) Sihat? Lama Hana diam kan? Well, Hana dah kurang rajin menaip sekarang ni hihihi.

Okay, jangan terkejut dengan tajuk tu. Hana tak tukar mana2 universiti pon :) Hana buat tajuk tu for those siapa yang baru nak masuk university. No, for those siapa yang dapat masuk UiTM Kampus Samarahan 2 to be exact hihi. Tak kisah lah pra-diploma ke diploma ke degree keee... Hee :)

Memandangkan result SPM baru keluar *tak lah baru sangat pon kan?*, mesti sekarang ramai adik-2 nak apply UPU kan? Okay, let say lah adik2 dapat masuk UiTM Sarawak ataupun Kampus Samarahan 2 untuk lebih tepat, adik2 kena bersyukur! Tak kisah laah yall dari Sarawak sendiri ke, Sabah ke... Semenanjung ke :)

Kenapa? Sebab adik2 akan dapat kolej macam hotel! Hihi *ye ye jelah*.. Kolej tu asrama tauu yall hihi :P Hmm Hana buat entri ni sebenarnya sebab masa Hana jadi Pembantu Mahasiswa, ramai new students yang datang kat Hana and cakap, "Hai Kak Hana! Saya ada baca blog akak!"... And I was like...Haha terasa macam retis kejap lol! Ada jugak yang add FB Hana untuk tanya maklumat pasal kampus, kolej and macam2 lagi.

Disebabkan semua tu, Hana baru tersedar yang ramai nak tau pasal UiTM Kampus Samarahan 2 bila dapat offer utk further study kat sini and mereka pon start google pasal kampus ni. Google google, terjumpa lah blog Hana ni :) So, Hana decide untuk post lagi entri tentang UiTM Kampus Samarahan 2 ni memandangkan entri yang posted dulu tuu [ New life at UiTM Kampus Samarahan 2 :)] banyak pasal kekurangan kampus ni disebabkan kampus ni masa tu baru bukak. Okay!

Untuk sesiapa yang dapat peluang utk further study kat kampus ni, please read this!

Sekarang ni dah tak susah dah nak beli barang ke topup ke.. Sebabnya, sekarang ni dah ada koperasi, kedai aksesori fon, bakeri, kedai baju, kafe, kedai alat tulis, kedai fotostate, kedai aksesori komputer, .... Banyak kan? So..

Kalau nak beli groceries boleh lah pergi koperasi. 
Kalau nak reload, boleh lah pergi kedai aksesori fon. 
Kalau tanak makan benda heavy, boleh pergi bakeri. 
Kalau rasa jemu nak makan kat medan selera kolej, boleh makan kat kafe. 
Kalau rasa baju semua dah buruk2, bolehlah shopping kat kedai baju. 
Kalau pen habis dakwat, boleh beli kat kedai alat tulis.
Kalau nak print/fotostate nota kuliah, boleh pergi kedai fotostate.
Kalau pendrive hilang, boleh beli baru kat kedai aksesori komputer.
Kalau rasa nak online, boleh pergi library.
Kalau tak suka study kat bilik memalam, boleh pergi Bilik Belajar 24 Jam.

Haaaaa, complete tak??! HAHAHA

Btw, kalau rasa dah bosan duduk kat dalam kampus, yalls still boleh keluar. Kalau nak gunakan perkhidmatan yang kampus sediakan, ada shuttle bas untuk pergi ke Desa Ilmu (boleh dikatakan nearest pekan lah). Btw, tempat terakhir bas tu akan berhenti adalah di area Summer Mall *kalau nak tau apa ada dalam mall tu bolehlah klik link tu.. So kalau nak shopping ke window shopping ke.. Bolehlah korang gi Summer Mall memandangkan itu je shopping mall yang terdekat and tak perlu keluar duit for transportation haha :P Ke? Depends lah transport apa yang korang pakai hihi.

Btw, kalau yalls nak pergi pusing2 Kuching ke apa ke... korang kena lah cari transport sendiri.. *for those yang asal dari luar Kuching lah*. Korang boleh naik bas, van sapu atau pon yalls boleh lah sewa kereta memandangkan kat sini ramai org buat business kereta sewa ni. Hihi.

Hmm, Hana rasa takde pape dah kot Hana nak share pasal kampus ni. Yang lain-2, biarlah yalls sendiri nanti yang menilai seandainya yalls dapat continue study kat sini. Ok? Hihi.

Btw, sebelum Hana habiskan kata-2 Hana ni, please wish me luck for my final exam :) Hee, thanks! Oklah Hana choow dulu k readers?

Assalamualaikum readers, bubye! Much love ❤


Love   ,
Hana ❤



Thursday, 25 September 2014

MALU! *tutup muka*

Assalamualaikum and hi readers! Hmm, kali ni muqaddimah nyaa Hana taknak buat panjang-2! Hana nak terus ke motif entri ni! Straight to the point!

Malu k malu!

OK, SILA GELAK! 

Hari Isnin lepas, kanda Nazrin a.k.a Angah post gambar tu kat FB. Siap tag kita lagi tuuu -_- Haihh, malam tu dinner dengan kawan-2, tak habis-2 Hana kena perli -_- Lagi-2 si Hadri Oppa. Tak habis-2 panggil Hana 'samseng'. Haihhh~

Esoknya study group, member-2 Hana pulak panggil Hana Kak Long... HAHAHA. Haih laah Hana. Malu I you know?? Angah ni... Huhuhuhu..

Btw, malu-2 pon still tergelak jugak. Hana sendiri tak ingat ni time umur berapa~ Lawak jugak muka gua dulu! HAHAHHAHAHA. Hana rasa ni time darjah 2 macam tu kott. Kikiki, comel tak Kak Long? *nada Kak Ton*

Yang Hana tak faham, hashtag nyaa! #jgnisapgam ! Apa punya hashtag lah kaaaan? HAHAHA! Papepon, apalah nak kisah sangat kaan? Ni lah kenangan :) Lawak-2 and malu macam mana sekali pon, nilah kenangan manis masa kecil!

Jadi rakan-2, jangan cari pasal dengan saya ye? Saya ni samseng taau! Haha, call me Kak Long! LOL! Hmm, ni Hana tebalkan muka untuk korang tengok gambar ni dengan lebih clear :)

SILA GELAK LAGI!


Ok tutup kisah Kak Long! Esok Hana first paper final exam Hana... So, mohon doakan kejayaan saya ye readers? Harap-2 cemerlang! Aminn~

K lah, tu je semua yang Hana nak melalot dalam entri ni :) Bubye readers! Wassalam :)



Love    ,
Hana <3

Saturday, 13 September 2014

Final Exam? Omaigoddd!

Hai readers, Assalamualaikum :) Selamat datang ke SMILE yang dah berhabuk tetapi dah berwajah baru.. Hehe. A few days ago Hana ubah wajah blog ni ke wajah yang lebih comel.... supaya blog ini berubah seperti tuan dia.. Hehehee. Jom kita buat hipotesis! Semakin comel Hadeeah Najwa, semakin comel blognya... Kikiki, k perasan!

Slip exam Part 3 - Semester 1 2014/2015

Hana baru download slip ni tadi kat UiTM Student Portal.. You know what does it mean? Final exam is just around the corner! Woww. Sekejap je rasa...dah nak habis part 3 dah rupanya :) That's mean, there are only 2 semesters to go! In'Allah :)

Hmm, dalam list tu sebenarnya tak semua ada paper for final. Public Speaking (HPD222) tu takde sbb tu sebenarnya koko. So takde paper :) Therefore, there are 6 papers in final exam. Please wish me luck! 

Dalam banyak-2 subjek tu, Hana saanagat takut dengan Macroeconomics (ECO211).. Sangat-2 takut! Subjek tu betul-2 nightmare pada Hana. Huhuhu~ Tapi in'Allah, I'll do my best! :) Harap-2 carry mark dapat lah tolong untuk final nanti.. Amin..

Standard lah final exam dah dekat je, students akan dilanda pelbagai jenis penyakit... Sawan, sakit jiwa dan segala macam. Hehe. Same goes to me actually. Seriously, Hana memaaang sangat-2 stress sekarang ni dengan study.. Bukan sikit taaau, banyaak! Tapi dah lumrah alam as student kan? :) There's nothing I can do except study and score an A! In'Allah..

Macam manalaah Hana tak diserang sawan.. Bulan ni sangat mencabar pada Hana... Dari masuk je bulan September ni saaampailah habis sem nanti. Time tu memang Hana lepas rindu puas-2 atas katil lah! Hehe.

Other than busy study for final exam, Hana busy siapkan assignments jugak. Baanyak assignments yang perlu submit before start final exam.. Hmm~ Ni haa assignment yang perlu dihantar ::

CSC253 - 1 Assignment
LAW245 - 3 Assignments
ELC230 - 1 Assignment
ECO211 - 2 Assignments
HPD222 - 1 Assignment

So total semuaaa ada 8 assignments yang perlu dihantar dalam bulan September ni haaa~ Then final exam pon bermulaa~~ Huhuu. Ni jadual final exam Hana ::

26.9.2014  - CTU263
27.9.2014  - ELC230
29.9.2014  - ECO211
2.10.2014  - CSC 253
11.10.2014 - PAD240
15.10.2014 - LAW245

MERDEKAAA! 

Hihi :) Tapi hanya untuk sebulan lebih je merdekanya... Then bermulalah hidup sebagai student part 4 pulaa :) Btw, nampak tak jarak antara paper CSC253 and PAD240 tuu jauh? Sebenarnya tengah-2 tu ada cuti Hari Raya AidilAdha.. 

Therefore....lepas paper CSC253 on 2hb tuu, Hana fly balik KL. Hehee :) Then pagi 11hb tu Hana fly balik Sarawak balik.. Sebab petangnya ada paper PAD240 :) Ngengada kan saya? Padahal 16hb tuu dah start cuti sem dah ponn. Tapi Hana rasa macam tanak terus balik KL time cuti sem tuu. Taktau nak pergi mana, tapi macam nak lepak-2 dulu kat Sarawak ni. Hehee.

Done about my academic! :) Tak lama lagi kita nak celebrate Hari Malaysia kan? Jadi, di kesempatan ini, Hana nak ucapkannnn....

Selamat Hari Malaysia! 
We are all lucky to be born as a Malaysian :)

Oklah, Hana nak shower and siap-2 for dinner :) Then nak gi Bilik Belajar 24jam untuk siapkan assignments. Bubye readersss. Btw, please wish me luck for final exam.. Doakan pointer Hana meningkat k? Dean list if possible! Hehe, aminn :) Good luck too to all UiTM diploma students :) Kbye, Assalamualaikum semuaa..

Love     ,
Hana <3



Sunday, 2 March 2014

Khabar saya :)

Halloow and Assalamualaikum semuaaa :) Apa khabar? Dah makan? Buat apa? For sure lah, yall tengah online kan~ Kalau tak macam mana pulak yall boleh bukak blog Hana ni. Hehee~

This is my first entry for 2014! Woww, hebat tak Hana menahan nafsu meng'update blog? Haha. Ini dah tak tertahan dah nafsu nak melalut lalut kat blog ni. Hehe. So, how me? I'm fine and just fine :) Actually, not that fine~ Huhuu.

Hana takde topik pon sebenarnya untuk entri ni. Ni Hana update pon sekadar nak let yall know yang Hana masih wujud. Hehe. So, apa nak story eh? Hmm, Hana share activity Hana jelah eh? Okay, last Friday (28th February 2014), Mahasiswa Mahasiswi Pentadbiran Awam (MASPENA) ada anjurkan satu grand dinner di Hotel Grand Margherita. Hotel tuu lagi kan? Hehee~ So Hana tak banyak nak story pasal dinner tu. Hmm, baik gambar je yang story :)

 

Ready for Hollywood Night! :)

with Hadri Yusuf :)
 
with Elly and Fatin :)

with Ayyuni :)
 
with my classmates:)

with Miss Chai, Aisha Parveen and Azhar :)

with Salahuddin :)

with Sir Awang Fardillah :)
 
Hana tak tahu nak story apa pasal dinner tu, sorry lah ye :) Hmm. Btw, saja nak bagitau yang bulan March ni adalah bulan paaaaling busy bagi Hana and sebenarnya bagi semua students UiTM Hana rasa. Sebab hujung bulan ni final exam start~ Nak tengok betapa busy nya Hana?
 
 
3 March 2014    - Quiz 2 ACC116
4 March 2014    - Listening Test ELC150
5 March 2014    - Quiz 2 PAD214
                          - Submit assignment HPD112
                          - Presentation HPD112
6 March 2014    - Quiz 2 ECO162
                          - Submit assignment CTU151
10 March 2014  - Submit assignment ACC116 
                           -Test 2 ACC116
12 March 2014  - AGM PPRSUiTM
28 March 2014  - Start final exam
 
Hmm, k lah~ Housemates Hana dah balik. Hana nak poret bak kata orang Sarawak. Hehee. Bubye yalls! Assalamualaikum :)
 
Love    ,
Hana <3
 

 

Saturday, 12 October 2013

Tamat Semester 1 :)

Assalamualaikum and hi readers :) Sihat semuanya? 

So, entri ni sebenarnya nak bagitau yang Hana dah habis final exam. Tu je. Hehee. Itu bermaksud, selesailah sudah semester 1 saya di UiTM Sarawak, Kampus Samarahan 1 :) So, next sem Hana akan study kat kampus baru iaitu UiTM Sarawak, Kampus Samarahan 2. Tak jauh pon dari kampus lama~ Tapi takdelaah dekat saangat. Hee. Ada sesetengah fakulti sahaja yang akan pindah kampus. And my faculty is one of it.

Allright, Hana dah pernah publish Hana punya jadual final exam kat dalam entri ni http://hadeeah.blogspot.com/2013/09/quizzes-tests-and-final-exam.html kan? So, my last paper was on 11 October 2013 (Friday). Jaaadinya time nak dekat last paper tuu sebenarnya tak study sangat dh~ Hihi. Dah sebok packing barang sebab dah nak cuti sem. Walaupun begitu, banyak jugak sebenarnya barang Hana yang Hana pack last minute. Huhu~

So Jumaat malam tu Hana and Joshua pergi makan kat Desa Ilmu. Yes berdua! Mana Oppa and Zaty ? Haa, ni Oppa dah balik rumahnyaa di Samariang Batu, Kuching hari Khamis malam after habis paper. Zaty pon dah balik rumah dia hari Khamis pagi. Eh-2, Zaty mana ada rumah kat Kuching yalls! Yes, dia balik Selangor dh :) Dia fly awal daaaari kitorang. Chett! Haha.

Balik dari Desa Ilmu sesi lepak-2 with roommate. Entah kenapa sentimental sangat kitorang malam tu~ Haha. Maybe sebab last night at kolej. Maybe jugak sebab keadaan kolej time tuu sunyi sebab ramai penghuninyaa dah balik. Maybe jugak sebab next sem kami bukan lagi roommate ataupun housemate. Penyudahnya untuk hilangkan rawan di hati, kami tonton cerita yang boleh dikategorikan lawak di laptop ni haa~ 

Sabtu (hari ni) paagi , pihak kolej buat pemeriksaan bilik sebelum kami tinggalkan bilik. Around 9am~ Kemudian berkemaslah kami meninggalkan Kolej Seri Gading :') Tak lama lepas tu Kak Salwa sampai kolej amek Hana. Then kami pon pulanglaaah ke rumah Pak Lang di Samariang Kubur, Kuching. Sampai rumah melaayan anak buah :)

So now Hana tengah landing-2 atas katil sambil melepaskan rindu dengan blog ni. Kihkihkih~ Esok pagi, Hana akan fly ke KL~ Flight pukul 7.15am. Fly bersama Oppa and Josh. Yelaa~ Kak Jati kitaa tu kaan dah fly awal. Huu. So dalam 5.30am (after solat Subuh) esok, Hana geraklaah dari rumah ke Kuching International Airport~ So mungkin jakgi Hana akan tidur sebentar ataupun memang takkan tidur. Hehe

Okaylah btw, tak lama laagi kita akan sambut Hari Raya Aidiladha kn? Eh, Hana bukan nak wish raaya lagi lah! Hana cuma nak ingatkan korang sebagai sesama umat Islam. Hihi. Hari ni 7 Zulhijjah 1434 kn? So 9 Zulhijjah 1432 akan jatuh pada hari Isnin and Selasa kita raya :) Okay, 9 Zulhijjah yang juga dikenali sebagai Hari Arafah. Pada Hari Arafah, umat Islam yang tidak berada di Arafah untuk menunaikan haji adalah disunatkan untuk berpuasa dan ganjarannya dosa kita selama 1 tahun yang lepas dan 1 tahun yang akan datang diampunkan Allah s.w.t :)

Abu Hurairah r.a berkata :
"Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w menegah dari berpuasa pada Hari Arafah bagi jemaah haji yang berada di Arafah"
- Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim -

Hadis daripada Abu Qatadah r.a yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ditanya tentang berpuasa pada Hari Arafah dan baginda bersabda, yang bermaksud :
"Puasa itu dapat menghapuskan dosa tahun lalu dan yang akan datang"
- Riwayat Imam Muslim -

Menarik kaan ganjaran yang ditawarkan? So jom kita ramai-2 berpuasa hari Isnin ni :) in'Allah!

Hmm, k lah. Hana choww dulu k? Hana sampai KL nanti free-2 Hana update laagi k? Bubye and Assalamualaikum :)

Love   ,
Hana 


Friday, 13 September 2013

Quizzes, Tests and Final Exam!

Assalamualaikum and hai readers :) Apa khabar? 

Hana sebenarnya tak tahu nak cerita apa dalam entri ni. Tapi jari Hana tengah menggatal nak menaip. Kalau diikutkan, banyak benda yang Hana nak share. Yang happy, yang sedih~ Tapi Hana rasa tak sesuai nak publish kisah tu di sini. Hmm :')

Now Hana berada di Perpustakaan UiTM Samarahan. Dari pukul 12.00pm Hana di sini. Study MGT162. Pagi tadi ingatkan nak study di bilik jea~ Tapi tak jadi sebab sekarang ni mood Hana tengah tak normal. Kejap ok, kejap tak. Yang ok nyaaa sekejap, yang tidak nyaa sikit punya laama -.- Disebabkan itu Hana decide untuk study di library. At least Hana tak sesorang. Kalau kat bilik nanti banyak layan perasaan jea daripada study sebab sesorang. *roomate balik rumah* 

So dari tengahari tadi sampai sekarang, Hana baru study 2 bab dalam MGT162. Sekarang rehat jap~ Jakgi sambung balik. Hee :) Now Hana dah start study as preparation for final exam. Final exam Hana start 26 September 2013. Hana rasa macam bulan September ni adalah bulan yang sangat-2 memenatkan dan memberi tekanan. Huu~ Why ? Ni haa ::

  2 September 2013 : Presentation PAD102
  3 September 2013 : Quiz 3 ACC106
  4 September 2013 : Quiz 3 MAT112
10 September 2013 : Speaking Test (group) ELC120
11 September 2013 : Submit Assignment ACC106
                               : Test 2 MAT112
12 September 2013 : Presentation MGT162
                                : Quiz 2 MGT162
17 September 2013 : Listening Test ELC120
                                : Test 2 ACC106
18 September 2013 : Quiz 1 MGT162
19 September 2013 : Test 2 MGT162
26 September 2013 : Start final exam~

Haaa, amacam? Okay. Memang memenatkan aah. Tapi okaylaah sikit sebab dah takde assignment yang perlu disiapkan. Assignment seeemua dah settle :) Alhamdulillah! So, nak tengok jadual final exam Hana? Haa :)

26 September 2013 : PAD102
28 September 2013 : ACC106
  1 October     2013 : CTU101
  4 October     2013 : ELC120
  7 October     2013 : MGT162
11 October     2013 : MAT112

Habisssssss :) Cuti sem! So, Hana dah booked tiket MAS untuk balik KL. So, flight Hana is on 13 October 2013 (one month from today!) at 7.15am. Sampai sana, Hana nak hangkutt Abang Boy gi Restoran A. Hassan. Alahai, kedai nasi ayam kampung yang popular kat Velodrome Cheras tu :) Sebab kat sana ada sambal tempoyak! Hana sekarang ni teringin bebeno nak makan tempoyak. Hmm, maklumle~~ Mama abah teman ni asai Peghok. Ate selegha teman pon ade le sikit-2 selegha Peghok! Kihkihkih :) Paham kan saya melalut apa? Hehee.

Btw, sebenarnya sambil Hana melalut-lalut dalam entri ni, Hana tengah BBM dengan Angah :) Hihi. Nak baca perbualan kami ? Tunggu sat! Ni haa :)








Haha. Inilah perbualan 2 beradik di saat dua-2 nya sedang boring :) Hmm. Klah. Hana nak choww dulu. Mood sambung study dah sampai. Kihkihkih~

Btw, Hana nak mintak maaf sebab lately ni Hana ada post status and gambar yang ngarut-2 kat FB Hana and deactive the FB for 2 days. Hana mengalami masalah jiwa ;) Harap maklum. Btw, sekarang jiwa Hana dah pulih sikit and Hana dah activate balik account tu and dah remove semua post-2 ngarut saya before saya deactive hari tu. Sorry again!

Okay readers, Hana choww dulu ! Bubye. Assalamualaikum readers :*


Love ,   
Hana ❤