About Me

My photo
Hadeeah Najwa names given . You can call her either Hadeeah or Hana . She was borned on 24th August 1995 at Hospital Kuala Lumpur. Studying Diploma in Public Administration at UiTM Campus Samarahan 2, Sarawak.She's really addicted to teddy bears and musics. She has a sweet smile and very easy to smile :)
Sparkly Santa Hat Ice Cream

What time is it?

Le Family

Le Family
Ate ke Papie ↣ Tuan Aminuddin ❤

Ate ke Kibu ↣ Arwah Puan Jora @ Latifah ❤

Ate ke Bonda ↣ Puan Sahliah ❤

Ate ke Songkok ↣ Muhd Nadhir ❤

Ate ke Kangah ↣ Muhammad Nazrin ❤

Le Love

Le Love
Mustafa Marzuki ❤

Total Pageviews

Wednesday 25 December 2013

Anak tunggal laagi ❤

Hai and Assalamualaikum readers. Jom kita sambung kisah aktiviti Hana sebagai anak tunggal Abah di RuBen :) 

Isnin (23/12) yang lepas, Hana pepaaaagi lagi dah keluar dengan Abah. Sebab malam sebelumnya, di saat Hana sedang busy ber'Shiseido *anak dara kaki pakai mask tuuu taulah Shiseido tuu apa. Yang taktau, pi tanya depaa yang tau naa* , Hana cakap kat Abah "Papie, pagi esok kita pi tepen ye? Nak makan nasi lemak hari tuu." Jawab Abah, "amboooi". Itu saja jawabnya :) Hihi.

Dulu Abah penah bawak Hana breakfast kat satu kedai nasi lemak ni tapi Hana tktau nama kedai tu apaaa. Tak teringat pulak nak tengok apa nama kedai tu. Yang Hana ingat, habiskan nasi lemak tuuu dengan penuh nikmat sebab sedaaap sangat. Hehee.

Pagi esoknyaa Abah ketuk pintu bilik Hana. "Dik, nak pi tepen dak?" Walaupun time tu Hana sedang dibuai mimpi indah sebab dapat jadi puteri kayangan *gara²  kuat tengok TV* , dengar jea Abah kata tepen terus mata tebukak and pergi mandi. Haha. 

Sampai je kedai makan tu, Hana teeerus tengok nama kedai tu dulu sebab nanti takut busy sangat habiskan nasi lemak sampai lupa nak tengok nama kedai. Hihihi. Nama kedai tu Nasi Lemak Warung Muhibah rupanyaaa~ Ada nasi lemak biasa, lauk ayam, ikan bilis, sotong and udang. Pagi tu, Hana and Abah dua² makan nasi lemak lauk sotong. Well, dah nama pon anak beranak kaaan? Mestilaah selera sama! Hihi.

Nasi lemak sotong - RM 4.50


Lepaih pekena nasi lemak, kami dua beranak pon chowww :) Pusing-2 tepen, tetiba Abah tanya "nak cendoi?" Gilaaaa tanak? Hahaa. Kami pon pi laaah parking baik punya depan Cendol Bismillah. Eh eh, tak bukak laaagi! Awai saaangat kami pi. Huhuu~

Jadi Abah pon drive laah ke kedai cendol yang lain. Kedai ni Hana pon tak pernah rasa cendolnyaa. Tapi Abah kaata, ok. Bila rasa sendiri, saaaangat okay! :) Nama kedai :: Ansari Famous Cendol. Famous? Hmm hm. Hee. Hana order cendol biasa, Abah pulak cendol kacang. Kali ni selera kami kurang sama. Hehe.

Cendol biasa - RM 1.20
Cendol kacang - RM 1.30
Cendol pulut - RM 1.60
Cendol pulut kacang - RM 1.80

Haaaa, siap price list lagi taau Hana bagi :) Tengaharinyaa kami pi lunch kat rumah Achik. Achik masak ayam masak lemak. Perghhh, sedap gilaa baqhang! Nak balik dari rumah Achik tuu, Achik bagi 3 biji durian. Maaaka, Hana pon bodek laaah Abah masak bubur kacang durian utk dinner daaaaaan permintaan Hana diterima :D Ouyeahh! Haha

Inilaaah rupa bubur kacang durian hasil masakan Chef Aminuddin :)

Bubur kacang durian - RM boleh runding. Hihi

Tersangat-sangatlaah sedap you know? Bayangkan satu periuk tuu, kami 2 beranak je yang habiskaaan. Haaa, kau mampu? Haha.

Okay, habis kisah hari Isnin. Now, hari Selasa pulak. Pagi Selasa, Hana di rumah saja. Abah keluar dengan Wak Shahrul *pengganti Abang Wahyu - pekerja RuBen*. Tengahari Abah balik then dia ajak Hana pergi makan kenduri. Ada orang kampung merangkap kawan Abah buat majlis kenduri tahlil~~

Balik dari kenduri, kami pi tengok sarang kelulut. Kelulut ni hasilkan madu. Nak tengok sarang dia?

Tempat kelulut masuk

Sarang kelulut

Haaa, itulah rupanya. Balik dari tengok sarang kelulut, kami singgah kedai kopi dulu. Naaama je kedai kopi, tapi tengok apa yang Hana minum~~

'Kopi' saya dan tapai

Then baarulah balik RuBen. Layan Prison Break :) Petangnyaa Abah ajak pi kait rambutan kat depan RuBen. Inilaah hasilnya~

Abah dan kebanggannyaa. Hihi

Malamnyaa kami pi Selinsing. Tengok De Mountain Sound ber'sound check sebab esoknya ada event Cabaran Memancing Selinsing 2014 anjuran UMNO Bhg. Bagan Serai :) 

test test one two three

Posisi :: belakang stage

Btw, dalam entri yang sebelum ni Hana dah mention kan yg Hana nak balik KL 25/12? Balik dari sound check, kami lepak kat kedai hujung kampung. Ada kawan Abah kata Sabtu (28/12) ni ada ekspidisi naik Gunung Semanggol :) Hana dengar je kawan Abah cakap macam tu, Hana terus cakap Hana nak join. Hihi. Then Abah kasi :) Yelaah kaan~ Nama jea kampung Gunung Semanggol. Panjat gunungnya, tak pernah pon. Haaa~ Maaaka, cancel lah plan Hana balik KL 25/12 a.k.a today. Hihi

Jadi hari ni lah hari kejadiannyaa Cabaran Memancing Selinsing 2014. Ehemmm, nak tunjuk satu benda ni haa :)

Yeayy, I am the champion!

Haha, itu semua dalam angan-2! LOL. Hana tak join pon laah cabaran tu. Hana gi tengok jea. Btw, juara sebenar cabaran ni menang dengan ikan seberat hampir 800g. Tempat pertama sehingga ketiga dimonopoli oleh ikan haruaaan.

Hadiah utama RM 3000, RM 2000 and RM 1000 dan lain-2 hadiah sampaai tempat ke-20. Haa~ Yaang paaling bertuah, soraaang mak cik tulee~ Tak pasai dapat sebijik motor Kriss! Sbg pengunjung jea beb. Haha. Cabutan bertuah :) Memang laah bertuah. Hihi.

Antara peserta² cabaran

Makcik² & akak² yang turut ikut serta

Jangan ingat peserta yang menang je yang untuuung tau. Pak cik ni pon ada huuuuntungnya jugook! Haa, pak cik mana? Pak cik ni haa :) Hehe.

Joran buluh *kat sini depa panggei BOG* - RM 4 termasuk tali


Sesiapa pemancing yang dah dapat ikan dikehendaki membawa ikan tersebut ke urusetia untuk timbang sebab pemenang ditentukan daripada berat ikan yang dipancing. Haaa~

Ikan² yg dah ditimbang oleh urusetia

Abah w/ kawannya yg berjaya dpt ikan

Sementara lepak² tepi parit tuu, Hana adalah dengar Abah and kawannya sembang. Hihi. Nak kata curi² dengar tak juga. Kuat depa sembang. Hehe. Perbualannya *dialek utara* :: 

Abah :: Dia bukan kesah ikan apa pon no. Ikut beghat jaa.
Kawan :: Haa lah. Camtu campak hang jaalah dalam parit!
Both :: HAHAHAHAHAHA!

Hana yang dengar tu rasa macam nak guling² jaa gelak. Hahaha. Sunggoh laah loqlaq² belaka oghang utagha ni. Haha. 

Suasana di lokasi 

Nampak tak khemah bumbung putih huuuuujung sekali tu? Haa,  itulaah stage. Ada apa kat stage tu? Ni haa.

De Mountain Sound

Sementara orang dok busy memancing, kumpulan De Mountain Sound juga sedang busy buat persembahan :) Lagu dangdut you! Hihi~

So, okaylaah. Takde benda dah kot Hana nak share :) Nanti Hana update laagi k readers? Bubye, Assalamualaikum :)

Love    ,  
Hana ❤  











No comments:

Post a Comment