So now ! Hana nak start ber'story mory :) okay , dalam entri Hana yang lepas , Hana ada cerita yang Hana nak ajak Abah berbuka puasa kat Pusat Penjaja Taiping (Belakang Bomba) tuu kan ? Hihi ! Saya berjaya bodek Tuan Aminuddin tuu :) Tapi tak makan yong tau foo . Hana makan Nasi Ayam . Then kitorang order Chicken Chop untuk share 3 branak . Haa , Hana dah janji kan nak sharekan rupa menu berbuka puasa Hana di belakang Bomba tuu ? Saya tepati janji saya !
Nasi Ayam - RM 4.00 sahaja !
Chicken Chop - RM 6.50 sahaja !
Lepas tu baaarulah balik rumah . Buat assignments . Then sleeeeeeeeep :) Okay , esok nyaa pulak kitorang berbuka di Pekan Bagai Serai . Niat di hati nak makan Mee Jawa . Taaapi Restoran Desa Permai totop lah pulok ! Hooo :( Jadi kami pon berbuka lah di Gerai Pak Usup . Hihi . Makan Sambal Ikan Keli and Gulai Ikan Pari . Fuhhh ! Lazat baq hang :)
Sambal Keli and Gulai Pari :)
Lepas tu kitorang pi lepak kat RnR Gunung Semanggol. Sajaa nak pi tengok suasana orang balik kampung beraya :) Dalam lepak-2 tuu , pekena lah roti chicken floss kat Kedai Taiping Bun dgn teh O ais . Sememangnya roti-2 kat Kedai Taiping Bun ni memang best :) Dah laaaama melepak , kami ponn chowww. Pergi ke gerai makan kat Gunung Semanggol pulak :) Abah jumpa geng-2 nyaa. Hihi . Dah lepak kat gerai makan, tak kan laaah tak makan kn ? Hana orderlah roti jala . Hihi . Hana sebenarnya memang teringin saaangat roti jala sejak awal Ramadhan laagi . Maka saya pon order laaah :) Rezki laah tu ada pulak roti jala kat gerai tu . Kena pulak dengan kuah durian kaan ! Perghhh . Haha . Yang best kat gerai ni , roti jala tu dia baru buat . Biasa beli yang dah siap packing kaan ? Beli kat bazaar semua kaan . Ni makan panas-2 :)
Akak ni tak bagi amek gambaq muka dia . Maaalu !
Roti Jala + Kuah Durian = Laaaazat !
Btw , banyak kan Hana makan dalam sehari tu ? Balik Sarawak nanti dah takleh nak menggila macam ni dah :) Kena saving ! Dok sini , duit tak keluar pon dari poket . Kihkihkih . Okay , then baliklah kami ke RuBen . Sampai rumah lepak kat luar rumah dengan Abah and Angah. Abah kata mercun yang Hana beli masa raya tahun lepas ada banyak lagi . Ada dalam bilik Abah :) Hana pon pergilah amek .
Tahun lepas Hana memang banyak habiskan duit untuk mercun ! Tapi ni jaklah yang tinggal .
Then Hana pon ajaklah Angah main .
Hana :: Angah, jom main mercun !
Abah :: Gi main atas jalan. Amek kunci pagar dalam rumah. Angah :: Amek kunci dik !
Hana :: Kamu amek laah.
Angah :: Baik gi amek. Angah bagi cengkerik nanti. *sambil pegang balang berisi cengkerik yang dah mati*
Hana :: Wekk. Cengkerik tuu dah maati.
Angah :: Sebab dia dah mati lah saya bagi kamu. Dia dah jadi hantu !
Abah :: HAHAHAHAHA !
Hana :: err ? Pfffft ==' *masuk rumah amek kunci*
Jangan tiru aksi ini ! Hihi
Pfft. Sabaq jaa kami dengan abang kami soghang tuuu . Haha . Main mercun tapi panjut tak adaa . Haa , inilah jadinya :) Tangan sebelah pegang mercun ,sebelah lagi pegang liter . Dah penat main mercun , Hana main tiup-2 belon pulak . Alaa , belon yang macam gam tuu . Tiup pakai straw tuu :)
50sen only maa ! Haha
Haha . Before pergi RnR Gunung Semanggol tuu tadi , Abah singgah satu kedai runcit kat kampung tuu :) Owner nyaa Hana panggil Uncle Ah Liang . Masuk kedai tuu sebenarnya Abah nak tanya pelita and minyak gas . Tapi tak jadi beli sebab lupa nak bawak tong untung minyak gas . So before keluar dari kedai Uncle Ah Liang tuu , Abah tanyalah Hana nak pape tak . Hana terus tunjuk belon ni . Abah senyum and cakap ameklah . Haha . Bawak gi kaunter , Uncle Ah Liang gelak . Katanya , "Nak mengimbau zaman kanak-2 ka?" Haha . Eh-2 , uncle ni . Kita masih kanak-2 taau ! Hahahahah :D Nak tengok rupa Hana meniup belon nyaa ? Jangan gelak k ? Haha :P
Punyalaah lama tak tiup belon ni !
Haha . Daah laama sangat lepak luar rumah , Abah pon panggil masuk rumah sebab dah lewat malam . Masuk-2 rumah , Angah terus amek balang kuih kapit and makan kuih kapit tersebut . Saya yang perasan perbuatannya itu terus menegur . Tapi ini pula jadi =='
Hana :: Angah, lepas main mercun kamu tak basuh tangan pon. Pastu terus makan !
Angah :: Dah tu ? Nanti meletup dalam perut ke ? *senyum jahat*Hana :: Err ? Hahahahahaha ! Booongek =='
Bengang betul saaaya . Tapi gila dia tulaaah yang selalu buat saya gelak sampai gila :D Haha. So , hari ni kami plan nak berbuka puasa at rumah Pak Ngah di Taman Lake View, Taiping :) So okaylah . Hana rasa nothing to story mory anymore :) Nanti esok atau lusa Hana update laaagi yea ;) Btw , sesiapa yang free malam ni tu , pergilah Solat Teraweh :) Malam ni kaan last teraweh untuk Ramadhan tahun ni . Okay readers ? Bubye , Assalamualaikum !
Love ,
Hana ❤
No comments:
Post a Comment