About Me

My photo
Hadeeah Najwa names given . You can call her either Hadeeah or Hana . She was borned on 24th August 1995 at Hospital Kuala Lumpur. Studying Diploma in Public Administration at UiTM Campus Samarahan 2, Sarawak.She's really addicted to teddy bears and musics. She has a sweet smile and very easy to smile :)
Sparkly Santa Hat Ice Cream

What time is it?

Le Family

Le Family
Ate ke Papie ↣ Tuan Aminuddin ❤

Ate ke Kibu ↣ Arwah Puan Jora @ Latifah ❤

Ate ke Bonda ↣ Puan Sahliah ❤

Ate ke Songkok ↣ Muhd Nadhir ❤

Ate ke Kangah ↣ Muhammad Nazrin ❤

Le Love

Le Love
Mustafa Marzuki ❤

Total Pageviews

Tuesday 24 September 2013

Air Mata dan Sahabat :)

Assalamualaikum and hi readers :) Okay, tengok pada tajuk tu macam Hana tengah bersedih kan? No, Hana bukan tengah bersedih tapi Hana nak berkongsi fakta mengenai air mata.

AIR MATA!

Kalian sedar tak sebenarnya menangis mendatangkan banyak faedah pada kita? Menangis bukannya menunjukkan kita lemah. Mengikut psikologi ada dua fungsi air mata iaitu :

1. Kurangkan stress     
Air mata mengandungi hormon prolaktin dan endorphine leucine-enkaphalin yang berfungsi untuk mengurangkan stress dan menurunkan tekanan darah.   

2. Melegakan perasaan  
Selepas menangis, sistem jantung dan otak akan berjalan lancar. Oleh itu, menangis boleh membuat seseorang itu merasa lebih baik dan lega.


Okay, mengikut psikologi dan sains air mata yang terhasil daripada tangisan kerana emosi mengandungi 24% albumin yang berfungsi untuk me'regulasi'kan sistem metabolisme jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata. 

Mengikut psikologi dan Islam pula, sebenarnya air mata adalah proses keinsafan terhadap yang beriman dan proses kekufuran terhadap yang munafik.

Tadi tu mengikut psikologi dan sains serta psikologi dan Islam. Sekarang ni mengikut Islam sahaja pulak~ Mengikut Islam, kita dikehendaki menangis kerana takutkan kepada Allah SWT

Nabi Muhammad SAW bersabda, yang bermaksud, "Syurga dan neraka diperlihatkan kepadaku, maka aku tidak melihat kebaikan dan keburukan seperti hari ini. Seandainya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, maka aku akan benar-2 sedikit ketawa dan banyak menangis". Hal ini jelas membuktikan bahawa kita perlu menangis kerana takutkan azab di akhirat kelak dan tangisan itulah yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah SWT

So sekarang kita selami pulak tangisan menurut sains sahaja. Munurut sains, terdapat tiga faedah menangis iaitu :

1. Membantu penglihatan
Cairan (air mata) yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh mengakibatkan penglihatan kabur.

2. Membunuh bakteria    
Air mata mengandungi cairan lisozom yang dapat membunuh 90% ke 95%  bakteria di tempat air mata jatuh hanya dalam masa 5 minit sahaja.

3. Mengeluarkan racun   
Ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata yang keluar daripada hasil menangis kerana emosi ternyata mengandungi racun.

So, Hana tak pernahlah jumpa mana-2 pendapat atau hujah yang mengatakan air mata kita hanyalah untuk takutkan kiamat. Hana setuju dengan hujah kita dikehendaki menangis kerana takutkan kiamat, azab kubur dan neraka.

Tapi yang Hana tak setuju adalah air mata hanya untuk takutkan kiamat, azab kubur dan neraka. Cuba kalian fikir, kuat sangatkah hati kita ni sampai mampu  simpan air mata. Semua orang ditimpa dugaan dan ujian dariNya. Ada masanya air mata itu yang menenangkan kita. 

Takut kehilangan kawan kita menangis. Kehilangan aa keluarga disebabkan kematian juga kita menangis. Kedua-duanya kerana manusia kan?Kedua-duanya tiada kena mengena dengan kiamat. Tapi kita masih menangiskan? Bukanlah disebabkan hari kiamat sahaja yang membolehkan kita menangis.

Mampukah kita menanggung beban di hati tanpa menangis? Pada Hana, orang yang menahan air mata ini adalah orang yang ego! Kita menangis bukan bermaksud kita lemah tapi disebabkan kita nak kumpul kekuatan yang baru! okay?



SAHABAT!

Apa tu sahabat? Boleh yalls bagi Hana definasi sahabat? Hana tahu masing-2 ada pandangan tersendiri pasal sahabat :) Sahabat bukanlah individu  boleh dijadikan sebagai teman berbual dan bukanlah teman yang selalu membantu didalam kesulitan

Sahabat boleh didefinasikan sebagai individu yang bersedia berkorban dalam apa juga bentuk pengorbanan tanpa mengharapkan balasan. Sahabat melibatkan 2 atau lebih individu yang memerlukan persefahaman bersama. Masing-2 perlu saling mengenali dan memahami hati budi. Tidak cukup dengan itu sahaja!

Sahabat memerlukan kita saling menerima baik buruk sahabat kita. Tidak mengambil kesempatan diatas kelebihan dan kebaikan sabahat. Itulah sabahat secara menyeluruh dan am.

Allright, tak banyak yang Hana nak berkongsi tentang sahabat. Kenapa? Sebab Hana percaya semua orang ada sahabat. Kecuali orang yang menjalankan eksperimen secara rahsia untuk menilai mana sahabat yang sesuai untuknya. Eksperimen mengenai siapa sahabat yang benar-2 mengenali dirinya.

Kalau hendak mencari sahabat, janganlah sekadar mengharapkan dia mengenali anda. Anda juga pelu mengenalinya dan menerima baik buruknya :) Okay? Itu baru namanya sahabat. Bukannya menjalankan ujian secara rahsia ke atas orang lain. Hee~ 




Hmm, okaylah. Tu jea yang Hana nak sahre pasal air mata and sahabat :) Hana nak choww dulu. Nak sambung study~ Btw, lusa Hana start final exam. Wish me luck okay? Muah sikit! :* Bubye, Assalamualaikum!



Love ,   
Hana  

No comments:

Post a Comment