Isnin - 2 April 2012
Balik sekolah , Hana terus tidur . Bangun-2 tidur , tiba-2 rasa kosong . Teringatkan Mama . Terus nangis . Biasanya , bangun tidur terus ada kawan nak sembang . So , tak ada lah rasa kosong sangat . Biasanya , Fazz duduk rumah Hana balik sekolah . Tapi hari ni , Fazz tk pergi sekolah .
Puas nangis , Hana pon naik bilik . Tengok Abah tengah kemas bilik . Tiba-2 rasa sebak . 1001 kenangan Hana dengan Mama kat bilik tu . Teringat peristiwa yang berlaku tiap kali Abah balik Semanggol sorang-2 .
Mama :: Adik , meh lah tido atas katil dengan Mama atas katil .
Hana :: Tanak lah . Nanti Adik lasak , tersepak Mama . Nnti Mama marah Adik .
Mama :: Mama tak ada nanti , dengan siapa lagi kamu nak tido macam tu ?
Hana :: *terus naik atas katil and hug Mama sekuat hati !*
Masa simpan baju-2 Mama dalam almari , ternampak baju kurung Mama . Baju kurung tu sama dengan baju kurung Hana . Cuma , lain colour jea . Again , Hana nangis . Sedih sangat rasanya . Fuhh :'(
Selasa - 3 April 2012
Abah balik Semanggol seorang itu perkara biasa pada Hana . Sejak Mama meninggal , baru kali ni lah Abah balik Semanggol seorang . Biasanya , Hana tak rasa pape pon kalau Abah balik Semanggol . Tapi , kali ni .............
Subhanallah ! Hana tk tahu nak cakap macam mana sebenarnya apa Hana rasa masa Abah keluar rumah hari tu . Masa hari Isnin tu , Abah memang dh bagitahu yang dia nak balik Semanggol esoknya . Then Hana dah rasa semacam .
Lepas Hana tahu tu , Hana dah plan siap-2 . Esoknya Hana balik sekolah , terus tidur . Tanak tengok Abah siap punya pasai . Masa Abah angkat-2 beg dia ke pintu , baru Hana bangun .
Then , Abah hulur tangan dia kat Hana . Masa Hana salam dia , automatik air mata Hana mengalir . Bukan main banyak lagi keluarnya . perghh ~ sedihnya rasa .
Sebenarnya , Hana bukanlah sedih sebab berpisah dengan Abah . Hana memang biasa jauh dari Abah . Sebab Abah memang selalu balik Semanggol seorang . Tapi Hana sedih bila kenangkan Mama .
Biasanya , masa ini lah Hana akan merayau dengan Mama . Ke sana ke sini berdua dengan Mama . Ke mana-2 sahaja , dengan Mama . Waktu malam pula , Hana lah yang akan teman Mama tidur atas katilnya . Ganti tempat Abah .
Tapi kali ni ............ Hana tidur sorang atas katil . Tak ada merayau-rayau dah . Lain sangat rasanya . Itulah sebab Hana sedih sangat .
No comments:
Post a Comment