DIA
Dia aset saya yang paling berharga . Pada saya , dialah segala-galanya . Setiap detik bersamanya merupakan detik yang paling bermakna dalam hidup saya . Malangnya , dia tiada lagi di muka bumi ini . Dan saya , kehilangan aset itu buat selama-lamanya .
Masih terngiang-ngiang gelak ketawanya di telinga saya . Memek mukanya masih dapat saya bayangkan . Dan bayangan itulah pengubat rindu dikala saya merindukannya . Hanya dia yang bermain di minda saya . Hanya dia !
Waktu kecilku , didandannya rambut saya dengan penuh kasih sayang setiap pagi sebelum ke sekolah . Diusapnya dahi saya dengan penuh kelembutan apabila saya demam . Diciumnya pipi saya dan dipeluknya tubuh saya dengan penuh rasa cinta .
Kini tiada lagi orang yang mendandan rambut saya , yang mengusap dahi saya , yang mencium pipi saya dan yang memeluk saya . Semua itu jadi kenangan sahaja . Sangat pedih apabila ku kenang semula detik-2 tersebut . Sangat pedih !
Adakah penggantinya ? Tiada ! Dia satu di hati saya . Cuma dia ! Akan dimasaknya apa jua juadah yang ku pinta . Akan diusahanya untuk mendapatkan apa sahaja yang ku mahu . Akan dibetul dan ditegurnya semua kesilapanku dengan kelembutan . Tiada wajah benci akan diriku di mukanya . Hanya kelihatan , kasih sayang ! Yes , kasih sayang !
Ya Allah , sempurnanya dia . Cantiknya dia . Indahnya budi pekertinya . Baik sungguh hatinya . Sungguh ku rindu segala yang ada pada dirinya . Segalanya ! Tak terkata betapa saya rindukan dirinya . Sangat rindu !
Dia ibu saya . Dia mama saya . Dia emeh saya . Dia bonda saya . Dia mommy saya . Dia segalanya pada saya .
Mama , adik rindu sangat 'udang masak lemak' masakan Mama . Adik rindu sangat Mama gosok belakang adik bila adik semput malam-2 . Adik rindu sangat Mama lafaz 'B U Too By' bila adik lafazkan 'B U Bu' pada Mama . Sangat rindu !
Adik rindu pesanan Mama 'belajar rajin-2 dik' setiap kali adik nak ke sekolah . Adik rindu sangat orang tanya adik 'Adik nak makan apa malam ni ?' .
Ma , adik kehilangan tempat berkongsi cerita . Tempat berkongsi rahsia . Tempat mengadu . Memang ramai Ma yang cakap pada adik . "Tak apa dik , ramai lagi yang adik masih ada . Adik ada Mummy , Cik Tie , Alang , Ibu ." Ma , diorang tak sama macam Mama :'(
Seandainya adik berkongsi cerita tentang kelemahan adik , akan Mama diamkan kelemahan adik itu . Tidak seinci pon Mama membuka mulut ke orang lain tentang kelemahan tersebut . Bagaimana hendak adik kongsikan perkara sebegitu dengan orang lain ? Mereka tetap orang lain ! Mereka bukan Mama , Ma :'(
Ma , adik redha dengan ketentuan ini . Tapi kesedihan adik tak berkurang Ma . Ada yang mengatakan , adik masih boleh ketawa . Yes , adik boleh ketawa sebab adik nak Mama nak tenang disana . Lagipon , sedih tak bermaksud kena menangis kan Ma ?
Ma , adik masih ingat kata-2 Mama . Mama cakap , Mama nk tinggal di Ipoh tahun ni . Adik cakap , tak kan Mama nak tinggalkan adik ? Then , Mama jawab , adik tinggal lah disini dulu . Lepas SPM , Mama amek adik . Ya Allah , jika benar apa yg Mama katakan , sungguh aku mahu Ya Allah .
Mungkin ada yang kata saya gila sebab berkata dan meminta sebegitu . Tapi , ada aku kesah ? Ma , Mama tenanglah di sana ya ? Jangan Mama risaukan adik . InsyaAllah , adik ok sahaja disini . Bila tiba masanya , adik juga akan pasti menyusur Mama ke sana . Kita berjumpa disana ya Ma ?
Adik saaaayang Mama sesangat ! Love you Ma ! B U BU ! Muahh . Al-Fatihah (:
**hmm , mohon sedekahkan Surah Al-Fatihah and Surah Al-Ikhlas untuk arwah Mama Hana ya readers . Thank you yaa yalls (: Allah sahaja yang mampu membalasnya .
No comments:
Post a Comment