About Me

My photo
Hadeeah Najwa names given . You can call her either Hadeeah or Hana . She was borned on 24th August 1995 at Hospital Kuala Lumpur. Studying Diploma in Public Administration at UiTM Campus Samarahan 2, Sarawak.She's really addicted to teddy bears and musics. She has a sweet smile and very easy to smile :)
Sparkly Santa Hat Ice Cream

What time is it?

Le Family

Le Family
Ate ke Papie ↣ Tuan Aminuddin ❤

Ate ke Kibu ↣ Arwah Puan Jora @ Latifah ❤

Ate ke Bonda ↣ Puan Sahliah ❤

Ate ke Songkok ↣ Muhd Nadhir ❤

Ate ke Kangah ↣ Muhammad Nazrin ❤

Le Love

Le Love
Mustafa Marzuki ❤

Total Pageviews

Tuesday 27 March 2012

Saya Cemburu !

A few days ago , tengah makan-2 dengan Angah . Adalah sembang-2 pasal arwah Mama . 
Motif :: mengubat rindu . 

Hana memang tahu , mimpi yang bersuara adalah mimpi yang tidak benar . Mainan tidur . Malam Rabu minggu lepas , Hana ada mimpi Mama . Mama tengok Hana tengah lipat kain . Then , Hana cakap kat Mama yang Hana sayang sangat kat Mama . Then , Mama jawab . Mama sayang jugak kat Hana . Lepas tu , Hana terjaga dari tidur . Yes , Hana tahu mimpi itu mainan tidur . Tapi , Hana seronok sangat dapat mimpi yang begitu .

Then , Hana ceritakan benda tu kat Angah . Bila Angah ckp itu semua tak benar , tiba-2 Hana rasa semacam . Sedih sangat . Hampir 40 hari Mama meninggal . Baru sekali tu lah Hana mimpikan Mama . Then , Angah cakap hampir setiap hari Angah mimpikan Mama . Hana terus rasa jealous . Hana tak tahu kenapa rasa jealous sangat .

Masa Mama meninggal , Angah yang ada disebelah Mama . Ajar Mama mengucap . Masa Mama sakit , Angah sentiasa ada disisi Mama . Masa Mama tak boleh bersuara , Angah seorang sahaja yang memahami gerak bibir Mama . Masa ditanyakan kepada Mama , Mama hendak siapa yang teman Mama , Mama tunjukkan Angah . 

Ya Allah , aku tahu aku tidak sepatutnya rasa cemburu . Apakan daya , aku seorang insan yang lemah . 

Adakalanya , Hana terfikir . Kenapa Angah kerap mimpikan Mama dan Hana tidak . Adakah disebabkan Mama sayangkan Angah lebih daripada sayangkan Hana  . Kenapa Mama memilih Angah untuk temannya di hospital dan tak memilih Hana . Adakah Mama tidak percayakan Hana . Hana sedih kenangkan semua itu . Tapi , Hana tak berani suarakannya . 

Apabila Hana lihat gambar-2 Angah dengan Mama . Juga rasa cemburu itu ada kembali . Mereka sering bergambar berdua . Mereka kelihatan sangat akrab . Tetapi , apabila Hana lihat gambar Hana berdua dengan Mama . Hana tak nampak keakraban diantara kami :( 

*Angah , sorry . Adik tahu , Adik tak patut cemburu dgn kamu . Tapi , Adik tk boleh tipu diri sendiri . Mungkin memang betul , antara Adik dengan Angah , Mama lebih sayangkan Angah.*



p/s :: hey readers , kalau korang rasa Hana ni teruk sebab cemburukan abang sendiri , please ket me know . Comment ke , Inbox kat FB ke , Tweet kat Twitter ke , Message kat Phone ke or papeje lah . Mungkin teguran korang tu nanti boleh ubah perangai Hana yang cemburukan benda bukan-2 ni . Sorry lah sebab korang pulak yang kena baca apa Hana rasa ni . Hana tak tahu nak buat macam mana untuk hilangkan rasa jealous yang teramat sangat !

No comments:

Post a Comment