A few days ago , tengah makan-2 dengan Angah . Adalah sembang-2 pasal arwah Mama .
Motif :: mengubat rindu .
Hana memang tahu , mimpi yang bersuara adalah mimpi yang tidak benar . Mainan tidur . Malam Rabu minggu lepas , Hana ada mimpi Mama . Mama tengok Hana tengah lipat kain . Then , Hana cakap kat Mama yang Hana sayang sangat kat Mama . Then , Mama jawab . Mama sayang jugak kat Hana . Lepas tu , Hana terjaga dari tidur . Yes , Hana tahu mimpi itu mainan tidur . Tapi , Hana seronok sangat dapat mimpi yang begitu .
Then , Hana ceritakan benda tu kat Angah . Bila Angah ckp itu semua tak benar , tiba-2 Hana rasa semacam . Sedih sangat . Hampir 40 hari Mama meninggal . Baru sekali tu lah Hana mimpikan Mama . Then , Angah cakap hampir setiap hari Angah mimpikan Mama . Hana terus rasa jealous . Hana tak tahu kenapa rasa jealous sangat .
Masa Mama meninggal , Angah yang ada disebelah Mama . Ajar Mama mengucap . Masa Mama sakit , Angah sentiasa ada disisi Mama . Masa Mama tak boleh bersuara , Angah seorang sahaja yang memahami gerak bibir Mama . Masa ditanyakan kepada Mama , Mama hendak siapa yang teman Mama , Mama tunjukkan Angah .
Ya Allah , aku tahu aku tidak sepatutnya rasa cemburu . Apakan daya , aku seorang insan yang lemah .
Adakalanya , Hana terfikir . Kenapa Angah kerap mimpikan Mama dan Hana tidak . Adakah disebabkan Mama sayangkan Angah lebih daripada sayangkan Hana . Kenapa Mama memilih Angah untuk temannya di hospital dan tak memilih Hana . Adakah Mama tidak percayakan Hana . Hana sedih kenangkan semua itu . Tapi , Hana tak berani suarakannya .
Apabila Hana lihat gambar-2 Angah dengan Mama . Juga rasa cemburu itu ada kembali . Mereka sering bergambar berdua . Mereka kelihatan sangat akrab . Tetapi , apabila Hana lihat gambar Hana berdua dengan Mama . Hana tak nampak keakraban diantara kami :(
*Angah , sorry . Adik tahu , Adik tak patut cemburu dgn kamu . Tapi , Adik tk boleh tipu diri sendiri . Mungkin memang betul , antara Adik dengan Angah , Mama lebih sayangkan Angah.*
p/s :: hey readers , kalau korang rasa Hana ni teruk sebab cemburukan abang sendiri , please ket me know . Comment ke , Inbox kat FB ke , Tweet kat Twitter ke , Message kat Phone ke or papeje lah . Mungkin teguran korang tu nanti boleh ubah perangai Hana yang cemburukan benda bukan-2 ni . Sorry lah sebab korang pulak yang kena baca apa Hana rasa ni . Hana tak tahu nak buat macam mana untuk hilangkan rasa jealous yang teramat sangat !