About Me

My photo
Hadeeah Najwa names given . You can call her either Hadeeah or Hana . She was borned on 24th August 1995 at Hospital Kuala Lumpur. Studying Diploma in Public Administration at UiTM Campus Samarahan 2, Sarawak.She's really addicted to teddy bears and musics. She has a sweet smile and very easy to smile :)

Saturday 7 May 2011

kem kepimpinan KRS daerah Hulu Langat 2011 ( 3 Mei - 6 Mei )



huwaaaa . seriously best kem ni :) Hana dengan beberapa sekolah area Ampang jadi satu group . Perempuan jea lah . nama group kitorang P4 . yang budak laki , L4 . kumpulan P4 dapat jadi johan untuk pertandingan malam kebudayaan . kumpulan kitorang buat persembahan dikir barat :)
meh Hana cerita sikit pasal persembahan kitorang . sebelum tu , tengok lah ni . ni kitorang buat latihan dikir barat lepas aktiviti alam sekitar :)



nak tahu lirik dikir barat tu ? HAHA :) ingat2 lupa lah . jap2 . haa . ni dia .


kami nak buka cerita ,
sembah salam pebuka acara ,
kami disini bekerjasama ,
menghiburkan semuanya .
kami sampaikan gabungan suara ,
ramai-ramai berdikir barat .

enjit-enjit semut siapa sakit naik atas ,
enjit-enjit semut siapa sakit naik atas ,
enjit-enjit semut siapa sakit naik atas ,
enjit-enjit semut siapa sakit naik atas .

KRS badan beruniform ,
melahirkan pelajar cemerlang ,
penuh ilmu didada ,
beriman dan beramal .

sungguh bermanfaat kepada pelajar ,
tambah ilmu dan pengalaman ,
Tempuh dunia di alaf baru ,
oh KRS oi oi kami bersatu .

ewa bulan ewa bulan ,
ewa bulan teraju tiga ,
ini malam sama-sama ,
sama-sama bersuka-ria .

dalam KRS kami mahir ,
tahu mengurus dan memimpin ,
penting untuk masa hadapan ,
agar hidup aman sentosa .

kami dari kumpulan P4 ,
persembahan kami sudahlah tamat ,
salah silap dimaafkan ,
agar kita berjumpa lagi .




lepas kitorang buat persembahan , hampir semua ahli group kitorang nak nangis sbb kena komen pedas dengan juri ! urgh . nak tahu juri tu cakap apa ? ni haaa .
"sy sedih tengok kumpulan awk . memang sy bukan org Kelantan . tapi , dikir barat ni permainan saya . kumpulan awk paling malang ."


pergh ! part PALING MALANG tu yang tak tahan tu . berasap jea telinga kitorang . alih2 masa nk bagi hadiah kat  kumpulan yang menang malam kebudayaan kategori perempuan , kitorang yang dapat ! sumpah gempak . again kitorang nak nangis . HAHA :) and , kitorang dapat naib johan untuk amazing d'belantara .


L4 lak johan pertandingan amazing d'belantara . HAHA :) diorang kreatif ouh . diorang kena jadikan daun kering sebagai aksesoris diri . kumpulan lain , majoriti buat topi . tapi L4 , buat skirt . HAHA :) siap gelek2 lagi . dah macam berdangdut dah Hana tengok diorang ni :)
L4 memang stylo . 


dalam byk2 kumpulan , kumpulan P4 paling gempak . bukan nak gebang , tapi benda benar . just nak share :)


masa aktiviti rekreasi , kitorang menari lah , buat tepuk lah . yang paling best kitorang menari lagu BANANA :) HAHA . segan sikit lah sbb ada orang tengok . but gempak !


heyy . nak share ni . Hana nak kasi tahu korang lagu semangat kumpulan P4 . maybe ramai dah tahu kot . kitorang guna lagu COCONUT bila nak bertanding . cam ni haa lagu dia .


C O C O N U T 
coconut kelapa 
kalau kalah tak apa
yang penting kita cuba
it's okay it's allright 
P4 fight fight fight !


okayy . masa kitorang tengah happy lak , kitorang menari lagu BANANA :) cam ni ha lagu dia . menari tak boleh nak tunjok lah . alahai , mesti ramai yang dah tahu punya .


cut banana cut cut banana 
cut banana cut cut banana 

eat banana eat eat banana 
eat banana eat eat banana 

umph banana umph umph banana 
umph banana umph umph banana 

hey banana hey hey banana
hey banana hey hey banana

peace banana peace peace banana 
peace banana peace peace banana 
PEACE :)


masa aktiviti kompas , kitorang paling banyak melalut . pegawai tu tanya nama kompas orientari tu apa , budak kitorang jawab , KOMPAS ORIENTASI :) HAHA :)
masa pegawai tu tanya nama2 arah mata angin , ada yang jwb tenggara tu ASIA TENGGARA and TELENGGARA :) HAHA . and nama kertas penanda aktiviti tu pulak kitorang paggil KALENDAR :) HAHA .


and masa kitorang nak start aktiviti ikatan , pegawai tu cakap kat kitorang yang pegawai lain cakap kat dia yang group kitorang ni lain macam sikit . HAHA :) yess . memang betul ! 100 % untuk pegawai tu , Encik Akim .


En. Akim ada partner . tak silap nama parnet tu Encik Lanet . tapi dia suruh kitorang paggil En. Leo . Encik Akim cakap dia asal dari korea . aww . Saranghae <3 HAHA :) 
kitorang mati2 percaya coz muka dia memang macam korean :) HAHA . rupanya Encik Leo ni kacukan india and cina . tak ada kena mengena lansung dengan korea . HAHA :)


okay lah .masa pertandingan masakan , SMK Taman Seraya masak nasi putih and sambal ikan bilis . masa kategori perempuan , kitorang memang bengang ! sampai nak nangis .
kitorang masak sedap kot . HAHA :) perasan . HAHA . takde lah . tapi bebudak skolah lain semua cakap sedap tapi taster tu buat gila kat situ ! bila dia rasa nasi , dia cakap nasi tak masak . urgh ! nasi kitorang dah masak kot . dia cakap mentah ? haish ~ sawan kot taster ni . HAHA :) sambal tumis ikan bilis kitorang lak dia rasa lepas tu dia buang . kurang ajar kan taster tu ? sumpah dia melampau ! nvm . kitorang sabar . 
kategori laki lak , lagi best . nasi mentah . ikan bilis tak sempat masak . HAHA :) memang patutlah pon kalah :D


okay . nak kasi tahu . masa kitorang sampai , hujan lebat ouh . susah nak pacak khemah . then ada yang khemah bocor . kesian diorang , kena tidur dlm air . 




okay . as KRS sejati HAHA :) , Hana nak share dengan korang LAGU KRS :) Hana tahu , ramai KRS yang tak tahu lagu KRS





Kadet Remaja Sekolah
Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal

Marilah kita membina peribadi
Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan

Remaja , sambutlah cabaran
Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang
Remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta

Remaja , hayati budaya
Ilmu, Iman dan Amal
Kekalkan di hati , dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah





haa . for KRS yang tak hafal lagi lagu ni , hafal lah yea :) and , IKRAR KRS pon korang kena tahu tau . kalau tak nak hafal pon nvm lah . tapi paling tidak korang kena lah tahu jugak okay .


BAHAWASANYA KAMI
KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA

BERJANJI DAN BERSETIA
AKAN MENYEMAI SEMANGAT PATRIOTIK
TETAP BERDISIPLIN, BERAKHLAK MULIA
BERILMU, BERIMAN DAN BERAMAL
KAMI JUGA AKAN MEMUPUK SEMANGAT
KEUSAHAWANAN, MENCINTAI ALAM SEKITAR
MEMPUNYAI KETAHANAN MENTAL DAN FIZIKAL
BERSEDIA BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT
DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
SERTA MENDUKUNG
RUKUN AGAMA DAN RUKUN NEGARA
SEPANJANG MASA KAMI MENJADI AHLI KADET



haa . then korang nak tahu apa lagi ? cara pemakaian KRS ? haa . ni nak bagitahu something .
korang jangan nak memandai pakai belt besar tu yea . tu army belt . kalau ikot yang sbenar nyea , KRS tak pakai pon belt tu okay . and for kadet puteri , untuk pengetahuan korang , kadet puteri tak pakai mafla okay :)






hmm . okay lah . rasanye dah takde pape dah kot yang nak story mory kan . one thing that you all should know is , KEM KEPIMPINAN KADET REMAJA SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT 2011 gempak habis !









No comments:

Post a Comment